Floating Icon
01 APR 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 6 MINIT BACA 277 LIHAT 33 BERKONGSI

Mengapa Doktor Gigi Anda Tahu Lebih Banyak Tentang Kesihatan Anda Daripada Yang Anda Fikirkan


Kesihatan gigi adalah kunci kepada kesihatan kita secara menyeluruh

Setiap kali anda berbaring di kerusi doktor gigi anda, ketahuilah bahawa apabila anda membuka mulut anda seluas-luasnya, doktor gigi anda melihat lebih daripada sekadar gigi anda – dan anda seharusnya berterima kasih.

Doktor gigi boleh memberitahu banyak perkara tentang kesihatan anda secara menyeluruh apabila mereka memeriksa mulut anda semasa pemeriksaan gigi biasa kerana kesihatan mulut anda adalah gerbang kepada kesihatan anda secara menyeluruh.

Bagi pakar pergigian yang terlatih, masalah seperti gingivitis, nafas berbau, enamel terhakis, jangkitan atau gusi berdarah boleh menjadi tanda-tanda masalah yang lebih besar yang mungkin tiada kaitan dengan mulut anda.

Menurut Persatuan Pergigian Amerika (ADA), penunjuk awal diabetes, penyakit jantung atau keadaan lain yang serius boleh muncul di dalam mulut anda sebelum sebarang gejala lain mungkin kelihatan.


Tanda-tanda amaran pergigian: kaviti, gusi berdarah

Ramai orang tidak menyedari bahawa lubang pada gigi anda sebenarnya adalah penyakit berjangkit. Jika tidak dirawat, jangkitan yang disebabkan oleh kerosakan gigi ini boleh merebak di dalam mulut anda, sekali gus menyebabkan penyakit gusi.


Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai penyakit gusi boleh berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan yang serius seperti diabetes, penyakit jantung, masalah pernafasan dan juga demensia1-3. Lebih membimbangkan, data daripada Kajian Kesihatan Pergigian Kebangsaan Dewasa 2010 menunjukkan bahawa 94% populasi Malaysia dewasa mempunyai penyakit gusi4.

Jadi, jika doktor gigi anda mengesan penyakit gusi kronik, juga dipanggil penyakit periodontal, dia mungkin akan bercakap dengan anda tentang masalah kesihatan lain yang mungkin anda alami. Mereka juga mungkin mengesyorkan anda agar berjumpa doktor biasa anda untuk pemeriksaan.

Ikuti rutin kebersihan mulut harian

Berikutan kemungkinan terdapatnya hubungan antara penyakit gusi dan masalah kesihatan lain, ADA mengesyorkan agar tumpuan diberikan kepada penjagaan gigi pencegahan sebagai langkah ke arah mengekalkan kesihatan secara menyeluruh. Cara yang paling mudah untuk melakukannya ialah dengan mengamalkan rutin kebersihan mulut harian yang ringkas:


Langkah 1: Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari

Doktor gigi mengesyorkan agar menggunakan berus gigi berbulu lembut walaupun ada yang lebih sukakan berus gigi berbulu sederhana (cuma pastikan anda memberus dengan lembut). Berus Gigi Multitindakan GLISTER didatangkan dengan pilihan Bulu Lembut dan Sederhana.


Pilih ubat gigi yang baik dengan fluorida untuk membantu mencegah kaviti dan menanggalkan plak, seperti Ubat Gigi Multitindakan GLISTER. Ia juga membantu memutihkan gigi anda dengan menghilangkan kesan karat pada gigi!

Posisikan berus gigi pada sudut 45 darjah pada gusi anda dan berus dalam gerakan membulat sekurang-kurangnya 2 minit, meliputi semua permukaan gigi, gusi dan lidah anda.


Langkah 2: Memflos sekurang-kurangnya sekali sehari – dua kali lebih baik!

Memflos adalah bahagian penting dalam rutin penjagaan mulut anda untuk menggalakkan gusi yang sihat dan meningkatkan kesihatan mulut secara menyeluruh. Pakar mengesyorkan agar memflos sekurang-kurangnya sekali sehari selepas memberus gigi untuk membersihkan ruang yang tidak dapat dicapai dengan hanya memberus semata-mata. Jadi, membawa flos bersama untuk digunakan bila-bila anda rasa perlu sememangnya idea yang baik.

Gunakan flos gigi yang mudah meluncur di celah-celah gigi anda iaitu yang berbentuk reben yang rata dan disalut dengan lilin seperti Flos Gigi Multitindakan GLISTER. Menggunakan ibu jari dan jari-jemari anda, gerakkan flos secara perlahan-lahan di celah setiap gigi hingga betul-betul di bawah garis gusi. Luncurkan flos pada permukaan setiap gigi dan jangan lupa bahagian belakang gigi terakhir pada kedua-dua belah, atas dan bawah.


Langkah 3: Berkumur dengan pembersih mulut

Penggunaan ubat kumur atau pembersih mulut yang tetap seperti Ubat Kumur Multitindakan GLISTER membantu menanggalkan plak yang mungkin terlepas ketika memberus. Ia juga boleh menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau dan membantu membersihkan celah-celah gigi. Gunakan jumlah yang disyorkan dan berkumur dengan bersungguh-sungguh selama 30 saat.

Tip kesihatan gigi yang lain

Mengikuti tiga langkah utama ini setiap hari akan membantu anda menyokong kesihatan mulut anda tetapi anda juga boleh membantu dengan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet harian yang termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni bukan sahaja baik untuk kesihatan anda secara menyeluruh, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mulut anda.


Inginkan rasa bersih dan sihat semasa anda sibuk? Jangan lupa Semburan Penyegar Pudina GLISTER dan Ubat Gigi Multindakan GLISTER bersaiz kembara supaya anda boleh menyegarkan senyuman anda pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Dan sudah tentu, keraplah berjumpa doktor gigi anda. Lawatan rutin tersebut membantu memastikan mulut anda sihat dan membolehkan doktor gigi anda mencari tanda-tanda masalah lain yang mungkin ada. Anggaplah ia satu pelaburan dalam diri anda!

Ingin tahu lebih lanjut tentang rangkaian GLISTER dan bagaimana produknya yang hebat menyokong kesihatan mulut anda? Lawati Amway.my sekarang.

Rujukan:

  1. Bhuyan, R.; Bhuyan, S.K.; Mohanty, J.N.; Das, S.; Juliana, N.; Juliana, I.F. Periodontitis and Its Inflammatory Changes Linked to Various Systemic Diseases: A Review of Its Underlying Mechanisms. Biomedicines 2022, 10, 2659. https://doi.org/10.3390/biomedicines10102659
  2. Dzulqarnain Ahmad Iskandar Shah, Nursabrina Roslan, Khairun ‘Izzah Zamansari, Tuan Nur Athirah Tuan Mohd Rahimi, Mohd Fairuz Ali, Haslina Rani, Tuti Ningseh Mohd-Dom, Shahida Mohd-Said. Oral health knowledge among healthcare professionals and their challenges in dealing with patients’ oral health problems. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 18 (2) 2020: 39 – 47.
  3. Nordin NN, Vaithilingam RD, Saub R, Nasir NH, Mohd Asari AS, Bashah B, Mahmud M, Mohammad NM. Awareness, knowledge, attitudes and practices on the management of diabetes mellitus patients with periodontitis amongst Malaysian primary care practitioners. Malays Fam Physician. 2021 Sep 22;16(3):44-55. doi: 10.51866/oa1131. PMID: 34938392; PMCID: PMC8680934.
  4. https://www.nst.com.my/lifestyle/heal/2021/04/683864/oral-health-matters