Tahun demi tahun, teknologi dan penyelidikan penjagaan kulit semakin berkembang dan maju, sehinggakan kita tidak lagi memerlukan tonik awet muda – sebaliknya, kita hanya memerlukan produk antipenuaan yang paling sesuai dengan kulit kita.
Tetapi mempunyai produk yang hebat hanyalah salah satu aspeknya. Untuk memperoleh manfaat produk penjagaan kulit anda sepenuhnya, menggunakan produk dalam urutan yang betul juga penting. Jika digunakan dalam urutan yang salah, anda berisiko mengurangkan keberkesanan produk penjagaan kulit itu – dan tiada sesiapa pun yang mahu itu berlaku.
Jadi, untuk memastikan anda menikmati manfaat maksimum produk ARTISTRY kegemaran anda, berikut ialah 4 langkah mudah untuk membimbing anda tentang urutan penggunaan produk yang betul:
Yang ini jelas dan mudah. Untuk membolehkan kulit menyerap produk dengan sempurna, ia harus bersih. Ia amat penting untuk menanggalkan mekap dan sebarang sisa sebelum anda tidur.
Mulakan dengan penanggal mekap seperti ARTISTRY SKIN NUTRITION Cream Makeup Remover. Kemudian pilih pencuci yang sesuai dengan jenis kulit anda. ARTISTRY SKIN NUTRITION mempunyai penyelesaian yang diperibadikan untuk jenis kulit yang berbeza.
Kulit agak berminyak? Pertimbangkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser, yang berkesan membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak berlebihan di samping menjadikannya rasa bersih dan selesa, tidak kering atau tegang.
Sementara itu, untuk kulit kering cuba ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser atau pun ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Foaming Cleanser untuk kulit yang sangat kering atau matang. Pembersih-pembersih ini menghasilkan buih yang menjadikan kulit rasa bersih dan lembut.
Selepas membersih, gunakan penyegar untuk mengimbangi semula dan mempersiapkan kulit anda untuk produk yang seterusnya. Penyegar jenis lama biasanya menyingkirkan lembapan kulit dengan alkohol yang keras, tetapi versi hari ini merapi dan menyuburkannya.
Penyegar yang berbeza mempunyai tujuan yang berbeza, jadi pilih satu untuk keperluan kulit anda. ARTISTRY SKIN NUTRITION menawarkan penyegar untuk kulit normal ke kering, kulit normal ke berminyak atau kulit matang yang kering, namun kesemuanya mengandungi Gel Biji Chia Putih, yang berfungsi untuk menyokong keseimbangan mikrobiom kulit anda.
Apa itu mikrobiom kulit? Ia merupakan koleksi mikroorganisma baik dan jahat yang terdapat di sana. Apabila keseimbangannya sihat, ia membantu mencegah stresor kulit daripada berkembang, dengan itu membantu menstabilkan penampilan kulit yang sihat!
Selepas membersihkan dan mempersiapkan kulit anda, tiba masanya untuk menangani sebarang kebimbangan kulit dengan rawatan dan serum. Produk-produk dalam langkah ini lazimnya rumusan pekat yang bertujuan untuk mengurangkan jerawat, kedutan, garis-garis halus, perubahan warna, dsb.
Rangkaian ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum membolehkan anda memilih sehingga tiga serum dalam satu apabila anda memilih penguat khusus yang direka untuk kebimbangan kulit anda: menghidratkan, antikedutan, memejalkan, antitompokan, mencerahkan.Untuk langkah terakhir, inilah masanya untuk mengunci semua produk yang digunakan tadi dengan pelembap. Pelembap bukan sahaja membekalkan, lembapan, ia juga mengekalkan penyegar dan rawatan-rawatan anda untuk menjadikan produk-produk tersebut lebih berkesan.
Pilih pelembap yang Menghidratkan, Menyeimbangkan, Memperbaharui atau Memejalkan daripada rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION berdasarkan jenis kulit anda. Untuk kegunaan siang, pastikan ia termasuk pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya.
Itu sahaja, empat langkah mudah. Dapatkan produk penjagaan kulit ARTISTRY pilihan anda dari Amway.my, ikut urutan di atas untuk memaksimumkan keberkesanan, dan anda sudah bersedia.