Floating Icon
28 MAR 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 986 LIHAT 31 BERKONGSI

Cantik berseri di Hari Raya dengan ARTISTRY IDEAL RADIANCE

Tidak lama lagi Hari Raya bakal tiba. Selain memakai pakaian yang bergaya dengan fesyen terkini, pastinya kita juga inginkan kulit yang bersih, cerah dan cantik di Hari Raya.

Dengan penjagaan kulit yang betul, ia boleh membantu mencerahkan kulit anda yang kusam, memudarkan pigmentasi dan bintik hitam, menjadikan anda lebih yakin bergambar di hari raya nanti.

Tetapi, bagaimana hendak mendapatkan kulit cerah berseri? Tentunya dengan koleksi IDEAL RADIANCE. Ia merupakan produk yang memutihkan dan mencerahkan kulit muka.


Meningkatkan Tahap Keserian Kulit Dengan Koleksi IDEAL RADIANCE

IDEAL RADIANCE merupakan rangkaian penjagaan muka dan produk kecantikan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan set yang lengkap dan penggunaan yang konsisten, ia melembapkan kulit dan membantu mencerahkan sekali gus mengurangkan pigmentasi serta bintik hitam pada wajah. Selain mencerahkan kulit yang kusam, ia juga dapat membantu menjadikan wajah anda bersih, cerah dan bebas cela.


Raya 2022 ARTISTRY IDEAL RADIANCE

Mengandungi 4 Bahan Aktif Yang Membantu Mencerahkan Dan Melembapkan Kulit Anda

Antara bahan aktif yang terdapat dalam produk IDEAL RADIANCE ialah:

  1. Kombinasi ekstrak bunga seperti Star Lily putih, English Daisy dan Evening Primrose bertindak untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit wajah.
  2. Teknologi Pencerahan Kulit AA2G yang cemerlang merupakan pencerah kulit yang begitu berkuasa dan terbukti secara klinikal membantu mengurangkan kemunculan pigmentasi pada kulit, mencerahkan dan menjadikan tona kulit sekata.
  3.  ARTISTRY IDEAL RADIANCE Emulsion and Moisture cream mengandungi ekstrak Biji Chia Putih dan Delima yang dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit wajah.
  4. Pearl Mutiara yang kaya dengan peptida dan antioksidan merupakan dua komponen penting untuk pencerahan kulit.

Kulit Cantik Dan Sihat Bermula Dengan Penjagaan Kulit Yang Baik

Jadikan rangkaian produk IDEAL RADIANCE sebagai rutin penjagaan kulit yang membantu mencerahkan kulit anda.

① ARTISTRY IDEAL RADIANCE Illuminating Foam Cleanser merupakan pembersih berbuih yang membersihkan kulit dengan mendalam dan memberikan kelembapan pada kulit, menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

② Losyen yang memberikan kesan pelembapan segera pada kulit dan menyegarkan semestinya ARTISTRY IDEAL RADIANCE Illuminating Softening Lotion.


③ ARTISTRY IDEAL RADIANCE Illuminating Milky Emulsion sesuai untuk kulit berminyak. Ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dan mudah meresap ke dalam kulit serta membantu memberi kesan yang lebih baik untuk mengurangkan bintik hitam pada kulit.

Krim pelembap yang melembapkan kulit jauh ke dalam mampu memberi kesan penghidratan berpanjangan. ARTISTRY IDEAL RADIANCE Illuminating Moisture Cream mempunyai bahan istimewa yang membantu mencerahkan kulit kering dan mengurangkan bintik hitam.


    Lindungi kulit anda setiap hari dengan krim pelindung matahari ARTISTRY IDEAL RADIANCE UV Protect SPF 50+ PA++++. Ia membantu melindungi kulit daripada sinar UV yang bahaya dan boleh menyebabkan kemunculan bintik hitam pada kulit. Ia juga menjadikan wajah kelihatan cerah berseri. 

    Dengan hanya satu langkah mudah, ARTISTRY IDEAL RADIANCE Illuminating CC Cream membantu menjadikan kulit anda kelihatan berseri dan lebih sekata dengan warna yang sesuai untuk semua jenis kulit.



      Hari Raya Anda Lebih Ceria Dengan Kulit Yang Lebih Sihat Dan Bersih

      Masih belum terlambat lagi untuk anda memanjakan kulit dengan set penjagaan ARTISTRY IDEAL RADIANCE bagi mendapatkan kulit yang cerah berseri dan bebas cela di Hari Raya nanti. Dapatkan produk ARTISTRY IDEAL RADIANCE melalui laman web kami.

      Dengan kulit yang bersih dan cantik, Hari Raya anda pasti disambut dengan ceria bersama keluarga dan rakan taulan tersayang. ARTISTRY IDEAL RADIANCE bukan sahaja untuk anda, malah anda boleh hadiahkan juga kepada ibu, kakak, adik atau saudara-mara dan nikmatilah Hari Raya bersama-sama dengan penuh yakin.


      This article also appears in the eCatalogue Raya Edition 2022.
      Baca eKatalog penuh di sini