Floating Icon
28 APR 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 514 LIHAT 70 BERKONGSI

Apa yang Perlu Dimakan untuk Kulit yang Sihat

Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, terdapat banyak pendapat mengenai produk yang terbaik untuk digunakan atau bilangan langkah yang betul dalam sesuatu rutin. Satu perkara yang boleh dipersetujui oleh kebanyakan pakar kecantikan: bahan-bahannya yang penting.

Bahan-bahan semula jadi telah bertahan walaupun diuji masa dan menjadi pilihan yang lebih popular sejak kebelakangan ini kerana didapati lebih selamat untuk digunakan dan dimakan. Lagipun, apa yang anda makan membuat perbezaan pada kulit anda juga!

Antara bahan-bahan semula jadi, makanan unggul mencipta nama untuk dirinya sendiri kerana faedah yang ditawarkannya. Bahan-bahan yang penuh berkuasa ini mungkin kelihatan kecil tetapi penuh dengan antioksidan, lemak Omega, Vitamin E dan segala yang hebat untuk kulit anda. Mulakan regimen kecantikan yang baru dan beri makan 8 makanan unggul ini kepada kulit anda!


Biji Chia Putih

Mempunyai sifat pelembap dan antioksidan, fitonutriennya yang mujarab membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Boleh dimakan mentah, campurkan ke dalam smoothie anda atau taburkan di atas makanan anda.

WhatToEat White Chia Shiso.jpg

Shiso Perilla

Herba Jepun ini mempunyai tiga kehebatan. Disebabkan ia kaya dengan kalsium, zat besi dan Vitamin A, ia mempunyai sifat antialahan dan antiradang, dan sangat bagus untuk meredakan kerengsaan kulit.


Aloe Vera

Penyelesaian penyembuhan sehenti alam semula jadi, aloe vera telah digunakan berabad-abad lamanya untuk melegakan dan menyembuhkan kulit. Tambahkannya ke dalam makanan mahupun minuman untuk mendapatkan faedah sepenuhnya Vitamin A, C, E dan B12, asid folik dan kolina.

WhatToEat Aloe Vera Pomegranate.jpg

Delima

Digemari dalam menyediakan salad Mediterranean, buah ini mempunyai faedah antipencemaran untuk melindungi daripada kerosakan oksidatif dan kulit berkedut. Digunakan dalam produk penjagaan kulit, delima mempunyai sifat antipenuaan yang berkuasa.


Ceri Aserola

Buah yang berasal dari Hindia Barat ini adalah salah satu sumber terbaik Vitamin C. Diekstrak untuk produk penjagaan kulit, ia membantu melambatkan penuaan awal yang ketara dan meningkatkan sistem pertahanan semula jadi kulit.

WhatToEat Acerola Cherry Blackberry.jpg

Beri Hitam

Manis dan enak, beri ini penuh dengan serat, Vitamin C dan K dan mangan untuk menyuburkan tubuh dan kulit anda untuk keserian yang menawan!


Tembikai

Menyegarkan dan menghidratkan, ini adalah snek ringan yang bagus untuk hari yang panas dan ditambah pada salad. Sarat dengan Vitamin C, A, B1, B5 dan B6, kalium, magnesium, beta-karotena dan likopena, ia membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan dan bahan cemar.

WhatToEat Watermelon Quinoa.jpg

Kuinoa

Pengganti beras yang popular, bijirin bebas gluten ini kaya dengan protein, serat, magnesium, Vitamin B, zat besi, kalium, kalsium, fosforus dan Vitamin E. Produk penjagaan mata menggunakan kuinoa sebagai bahan untuk membantu mengurangkan penampilan lingkaran gelap.


Beri makan kepada tubuh dan wajah anda secara BERASINGAN.

Semestinya, kita tahu bahawa ia boleh jadi sukar dan mahal untuk memasukkan semua makanan unggul ini ke dalam diet anda setiap hari. Mujurlah, anda tidak perlu memakannya kerana ia sudah terkandung dalam penjagaan kulit anda!

WhatToEat ASN Rescue.jpg


ARTISTRY SKIN NUTRITION menjadi Penyelamat

Menggabungkan sains yang termaju, pemakanan dan penjagaan kulit, ARTISTRY SKIN NUTRITION memberikan anda rangkaian produk yang penuh dengan semua faedah makanan unggul di atas.

Disokong oleh janji kebolehjejakan Nutrilite, bahan-bahan organik ini diekstrak dengan amat teliti agar anda tahu bahawa ia tulen, selamat dan berkesan. Selain itu, bukankah kami ada menyebut bahawa ia adalah vegan dan dirumus tanpa minyak mineral, paraben, ftalat dan surfaktan berasaskan sulfat?

Oleh itu, jika anda ingin memiliki kulit yang kelihatan sihat dengan mengamalkan kecantikan yang bersih tanpa kompromi, anda pasti akan menyukai ARTISTRY SKIN NUTRITION!