Floating Icon
08 AUG 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 169 LIHAT 5 BERKONGSI

SPAGETI SUP ALA UDON

Bahan-bahan (untuk 1 orang):

  • 100g spageti
  • 1L air
  • 5ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite
  • 10g biji chia
  • 50ml kuah sup mi
  • 2cm lobak putih, dikupas
  • 4ml sos ponzu
  • Daun shiso hijau, dimayang

Cara:

  1. Masak spageti di dalam air yang dicampur sedikit garam mengikut masa yang diarahkan pada paket sehingga ‘al dente’ (dimasak pada tahap yang tidak terlalu masak).
  2. Parut lobak putih yang telah dikupas kemudian tekan dengan lembut untuk membuang sedikit jusnya. Ketepikan lobak parut itu.
  3. Tuskan spageti yang telah masak. Tambahkan Minyak Biji Chia Putih dan gaul rata.
  4. Pindahkan spageti ke dalam pinggan dan tuangkan kuah sup mi. Kemudian, taburkan biji chia dan letakkan lobak parut di atasnya.
  5. Perasakan lagi dengan sos ponzu dan hiaskan dengan daun shiso hijau yang dimayang. Sedia untuk dihidangkan!