Floating Icon
28 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 719 LIHAT 98 BERKONGSI

Sains Di Sebalik Protein


Amway Research Scientist Gene Maly


Protein adalah protein adalah protein. 

Bukan menurut Saintis Amway Food Lab Gene Maly dan Troy Nietling. Pakar di sebalik Nutrilite Soy Protein Drink (dulu dikenali sebagai All Plant Protein Powder), mereka telah menguasai sains formulasi makronutrien berasaskan tumbuhan. “Kami mengkaji protein, lemak dan karbohidrat – 99% daripada diet purata,” kata Maly. “Kami terus menyelidik protein dan teknologi baru untuk mencari sumber penghantaran alternatif yang melangkaui serbuk.”

Namun begitu, bukan semua protein diciptakan sama. Protein mudah cerna mempunyai Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS) 1. Sedikit sangat protein tumbuhan yang mempunyai skor PDCAAS 1, iaitu standard protein Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tambah Maly lagi. “Protein mestilah mudah dicerna bagi kegunaan yang efisien oleh tubuh dan kebanyakan protein tumbuhan tidak seperti itu. Standard Nutrilite menuntut bahawa semua All Plant Protein Powder mempunyai skor PDCAAS 1. Kami memberi berdasarkan standard ini dengan menawarkan formula soya, gandum dan kacang pis yang seimbang.”

Nutrilite Soy Protein Flavour


Malah, protein yang digunakan di dalam produk Nutrilite mesti melalui standard yang ketat untuk:

Kualiti

Protein dengan jumlah 9 asid amino perlu yang tinggi.

Kecernaan

Protein yang mudah terurai dalam tubuh dan masuk ke dalam aliran darah.

Kestabilan

Ketika suplemen diuji untuk kestabilan komponen analitikal, produk makanan pula mempunyai ujian tambahan untuk komponen deria.

Pengalaman deria

Suplemen ditelan dengan cepat tetapi produk makanan masih terasa di dalam mulut dan mestilah rasa, bau dan terasa menyenangkan.