Floating Icon
24 JUL 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 178 LIHAT 3 BERKONGSI

Goya dan Tauhu Goreng Kilas Gaya Okinawa

Bahan-bahan (untuk 2 orang):

  • ⅓ biji goya (peria)
  • ¼ ketul tauhu
  • 10ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite
  • 1 sb air rebusan kelp atau kombu dashi
  • Daun bawang, diracik helai
  • Garam
  • Lada

Cara:

  1. Belah dua memanjang goya, buang bijinya dan hiris setebal 3mm.
  2. Gaul hirisan goya dengan garam selama 30 saat dan biarkan selama 10 minit. Bilas goya dengan air tulen dan keringkan dengan tuala kertas.
  3. Hiris tauhu menjadi kepingan tebal.
  4. Panaskan Minyak Biji Chia Putih di dalam kuali dan goreng kilas tauhu. Masukkan goya dan goreng kilas sehingga lembut.
  5. Perasakan dengan air rebusan kelp/kombu dashi, garam dan lada.
  6. Pindahkan ke dalam mangkuk dan hias dengan daun bawang yang diracik helai sebelum dihidangkan. Nikmati!