Floating Icon
07 JAN 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 619 LIHAT 43 BERKONGSI

Adakah Anak Anda Mendapat DHA Secukupnya?

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kita mahu mereka membesar kuat, sihat dan cerdas supaya mereka boleh mencapai impian mereka. Itulah sebabnya kita memastikan mereka pergi ke sekolah yang baik, mendaftarkan mereka dalam aktiviti ekstrakurikulum dan memastikan mereka makan makanan yang sihat. Tetapi sejauh mana kita tahu tentang pemakanan dan pengaruhnya dalam perkembangan mereka?

Sebenarnya, satu nutrien yang biasa dan perlu tetapi sering dilupakan ialah DHA.

DHA ialah asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesejahteraan kita tetapi tidak boleh disintesis oleh tubuh. Nutrien penting ini hanya boleh diperoleh melalui diet.

DHA is important for brain development

Mengapakah DHA diperlukan?

Lemak membentuk kira-kira 60% otak dan saraf yang mengawal atur setiap sistem di dalam tubuh. DHA ialah komponen utama tisu otak oleh itu ia sangat diperlukan untuk fungsi otak dan mata yang optimum.

Pada tahun-tahun puncak perkembangan anak-anak, otak berkembang dengan sangat cepat, jadi penting untuk memastikan mereka memperoleh DHA secukupnya agar pemprosesan mental dan perkembangan psikomotornya lebih baik.

Tambahan pula, paras DHA yang rendah dalam kanak-kanak telah dikaitkan dengan peningkatan risiko perkembangan saraf yang lemah dan masalah tingkah laku dan pembelajaran tertentu seperti autisme, ADHD, disleksia dan lambat membaca.

Oleh itu, anak anda perlu makan makanan sihat yang kaya dengan lemak baik dan asid lemak. Selain itu, oleh sebab DHA banyak terdapat dalam ikan dan makanan laut, anak anda harus makan sajian dengan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk perkembangan yang lebih baik.

Adakah DHA Itu Cukup Untuk Anak Saya?

Malangnya tidak. Tinjauan mendapati bahawa sebilangan besar kanak-kanak mengalami kekurangan DHA disebabkan diet Barat atau cerewet tentang makanan. Selain itu, sesetengah ibu bapa mungkin berhati-hati untuk memberi anak-anak mereka makan banyak ikan kerana bimbang tentang pencemaran merkuri dan logam berat.

Itulah sebabnya suplemen DHA untuk kanak-kanak telah disarankan oleh ramai pakar sebagai langkah pencegahan dan pemulihan. Ini menyokong kecerdasan, tempoh perhatian yang lebih baik dan mengurangkan kemungkinan mengalami jangkitan pernafasan dan alahan dalam kalangan kanak-kanak.

DHA is known to improve eyesight in children


Ini juga memberi kesan yang besar dalam perkembangan koordinasi tangan-mata dan meningkatkan daya pembelajaran dan ingatan. Antara kualiti penting yang lain, ia juga menyegarkan tisu mata dan mengekalkan mata yang sihat untuk perkembangan visual yang lebih baik.

Suplemen berkuasa yang patut dipanggil “Makanan Minda” ini adalah kemestian bagi anak-anak pada tahun-tahun pembesaran mereka.

Gula-gula Berperisa dengan DHA untuk Kanak-kanak Nutrilite – Makanan Minda untuk Anak Anda

Pastikan anak anda mengambil DHA secukupnya dengan Gula-gula Berperisa dengan DHA untuk Kanak-kanak Nutrilite (50mg). Tersedia dalam bentuk gula-gula gummy dengan rasa enak yang disukai anak-anak, DHA diletakkan di tengah-tengah gula-gula menggunakan teknologi pengisian tengah.

Bebas gluten, sesuai untuk vegetarian dan kanak-kanak yang alah makanan laut, gula-gula berperisa oren yang enak ini akan membuatkan anak yang yang paling cerewet sekali pun menyukainya. Selain itu, ibu bapa tidak perlu risau tentang kesihatan gigi anak mereka kerana gula-gula ini tidak mengandungi gula.

Sudahkah kami sebut yang gula-gula ini dibungkus dalam pek individu untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkannya diambil ketika sibuk?

Jadi, berikan anak anda peluang terbaik dalam hidup dan lengkapkan diet mereka dengan Gula-gula Berperisa dengan DHA untuk Kanak-kanak Nutrilite – dijual pada Januari 2021.

eBuku Terokai Khazanah Laut Ini (DHA Gummy) - Baca sekarang!

Tangkap gula-gula kenyal - Main permainan perangsang otak ini dengan Bee Bee!