Floating Icon
23 MAR 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 234 LIHAT 9 BERKONGSI

Keperluan Kecantikan Ketika Dalam Penerbangan: Panduan Terbaik untuk menjadi Ikon Kecantikan Kembara Di Awan Biru



Bukan rahsia lagi bahawa kebanyakan orang sangat suka melancong. Sama ada melancong ke seluruh Eropah, menikmati teh matcha yang asli sewaktu sarapan pagi dan menikmati sushi dengan berlatarkan Gunung Fuji, atau bermain ski di Alps, terdapat begitu banyak keseronokan di luar sana yang menunggu untuk diterokai.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan berkaitan dengan lapangan terbang bakal menanti anda sejurus anda melangkah keluar dari pesawat. Kombinasi rasa tertekan akibat penerbangan tertangguh dan kebimbangan semasa hendak melalui pemeriksaan kastam hanya memburukkan lagi keadaan.

Usah gentar! Berikut ialah 3 produk yang pasukan ARTISTRY akan pastikan berjaya melepasi pintu keluar. Anda perlu memberi perhatian kali ini kerana ini adalah rahsia kecantikan dalam penerbangan kami yang akan menjadikan lawatan ke luar negara lebih istimewa.



ARTISTRY STUDIOTM SKIN Clean Start (Micellar Makeup Remover + Cleansing Wipes)

Apabila mendaftar masuk ke hotel, anda mendapati pembersih muka yang anda suka telah mengotori pakaian anda. Kami faham, keadaan ini pastinya membuatkan anda berang. Pengendali bagasi di lapangan terbang adakalanya agak kasar sewaktu mengurus barang peribadi kita.

Sebab itulah kami sentiasa memilih produk kalis tumpahan seperti ARTISTRY STUDIOTM SKIN Clean Start (Micellar Makeup Remover + Cleansing Wipes) dan bukannya botol penanggal mekap yang standard.

Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION

Perjalanan yang jauh boleh menjejaskan kulit anda, menjadikannya kusam dan lesu kerana faktor seperti udara kitar semula dan tekanan tinggi. Kulit wajah anda yang kelihatan lesu sebaik tiba di destinasi bukan sahaja boleh melemahkan semangat percutian anda, malah menjadikan gambar-gambar yang anda ambil kurang menarik.



Itulah sebabnya kita perlu kekal cantik dan keluar dari pesawat dengan wajah yang segar tidak kira berapa lama penerbangan itu dengan Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION! Pastinya dapat melepasi pemeriksaan kastam, set bersaiz kembara ini sememangnya sesuai untuk menemani anda sepanjang kembara anda yang penuh bergaya. Bukan itu sahaja, ia juga mesra vegan dan dikuasakan oleh fitonutrien NutriliteTM, yang diperoleh secara mampan daripada ladang Nutrilite sendiri yang disahkan organik.。



Memandangkan setiap orang mempunyai keperluan kulit yang berbeza, anda boleh memilih daripada Balancing, Hydrating, Renewing and Firming Solution untuk memelihara kulit anda dengan cara yang paling sesuai dengan diri anda. Dengan adanya set ini, anda boleh merakam swafoto dengan yakin sebaik mendarat untuk memberitahu semua orang bahawa anda telah selamat sampai ke destinasi impian anda.



ARTISTRY SKIN NUTRITION Multi-Defense UV Protect SPF50+/PA++++

Anda telah meluangkan masa berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan untuk merancang percutian ini. Banyak masa telah dihabiskan untuk mencari penerbangan yang terbaik, tempat penginapan yang paling selesa dan mencatat semua tempat yang anda ingin lawati di Google Earth. Apabila anda sudah tiba, mengapa biarkan kegusaran anda terhadap matahari mengganggu jadual perjalanan anda?

Jangan sesekali pergi berjalan jauh tanpa membawa pelindung matahari yang boleh dipercayai untuk melindungi diri kita daripada sinaran UV yang berbahaya. Jadi, kita boleh meneroka destinasi baharu dengan bebas dan melakukan aktiviti luar dengan seronok tanpa rasa bimbang!

Untuk merealisasikannya, kami dengan bangganya memperkenalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Multi-Defense UV Protect SPF50+/PA++++kami yang baharu dan bakal menemui anda pada bulan April ini.

Tidak sabar untuk tahu lebih lanjut? Ketahui mengenainya di sini: https://www.amway.my/p/124822