Floating Icon
10 MAY 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 169 LIHAT 21 BERKONGSI

Cara Memutihkan Gigi untuk Senyuman yang Lebih Ceria



Cara menceriakan senyuman anda

Tercari-cari lebih banyak cara untuk menceriakan senyuman anda sebelum merakam swafoto?

Mempunyai rutin kebersihan mulutharian yang kerap ialah langkah pertama yang baik. Terdapat jalur pemutih dan ubat gigi khas. Kebanyakan doktor gigi turut menawarkan rawatan pelunturan tetapi cara ini boleh melibatkan kos yang tinggi malah perlu dilakukan beberapa kali setahun.

Jangan bimbang, kami mempunyai beberapa petua untuk memutihkan gigi selain memberus yang tidak akan membocorkan poket anda.



Gigi mempunyai kesan kotoran? Ubah diet anda.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh meninggalkan kesan kotoran pada gigi anda. Kopi dan kola adalah suspek utama. Punca kesan kotoran lain termasuk teh, wain merah, jus anggur, beri dan sos spageti.

Asid dalam makanan dan minuman tersebut menyerang enamel iaitu lapisan perlindungan luar gigi yang memastikannya kekal putih. Jadi, minum atau makanlah semua itu secara sederhana.

Juga, berhentilah merokok jika anda masih dengan tabiat ini. Ia menjadikan gigi anda kuning.



Strategi melawan kesan kotoran

Agak sukar untuk mengurangkan pengambilan kafein bagi mereka yang tidak boleh memulakan hari mereka tanpanya. Berita baik: Terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mempertahankan diri daripada makanan dan minuman yang boleh menyuramkan senyuman ceria anda.

Sebagai contoh, minum air di antara setiap tegukan minuman anda. Ini akan membantu membersihkan bahan penyebab kesan kotoran. Minumlah melalui penyedut minuman bagi mengurangkan pendedahan gigi anda kepada cecair tersebut. Selain itu, apa kata anda mengubah rutin anda dan memberus gigi anda selepas meminum kopi?

Terdapat juga makanan yang boleh mencegah kesan kotoran:

  • Hasil yang kaya serat seperti epal, lobak merah, saderi, brokoli dan bunga kubis meningkatkan pengeluaran air liur yang membantu menguraikan kesan kotoran.
  • Makanan yang sama itu, apabila dimakan mentah adalah pejal dan rangup yang dapat membantu membersihkan gigi anda apabila anda memakannya. Jadikannya salah satu makanan terakhir yang anda akan makan supaya ia dapat menjalankan fungsinya.
  • Bijian dan kekacang juga boleh membantu. Teksturnya yang rangup bertindak sebagai pengelupas yang boleh menghilangkan perubahan warna.
  • Keju dapat memutihkan gigi kerana ia mengandungi asid laktik yang membantu melarutkan kesan kotoran permukaan.
  • Sungguhpun strawberi berwarna merah terang, ia mempunyai banyak asid malik yang juga merupakan agen pemutih gigi.



Tingkatkan usaha memberus anda

Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan agar memberus gigi selama dua minit, dua kali sehari. Tetapi anda harus melakukannya lebih kerap jika anda ingin mengelakkan kesan kotoran daripada makanan dan minuman yang anda ambil sepanjang hari.

Mulakan dengan memberus sebaik sahaja selepas makan terutamanya jika anda mengambil makanan dan minuman yang biasanya disyaki boleh mengakibatkan kesan kotoran.

Gunakan ubat gigi yang boleh membantu memutihkan gigi seperti Ubat Gigi Multitindakan GLISTER. Gunakannya dengan Berus Gigi Multitindakan GLISTER, ia membantu menanggalkan kesan kotoran dan kuning pada permukaan.

Flos turut membantu menanggalkan plak yang menarik kesan kotoran. Pilihlah yang boleh meluncur dengan mudah di celah-celah gigi anda seperti Flos Gigi Multitindakan GLISTER yang mempunyai bentuk pita yang rata dan disalut lilin yang diperoleh secara semula jadi.

Jangan lupa pula pembersih mulut seperti Ubat Kumur Multitindakan GLISTER. Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan plak dan letusan kesegaran pudinanya akan membuat nafas anda segar dan bersih. Semburan Penyegar Pudina GLISTERadalah cara yang mudah untuk mendapatkan kesan yang sama sepanjang hari juga.

Gunakan sistem penjagaan mulut 3 langkah di atas untuk kesihatan gigi yang optimum – berus, flos dan kumur untuk gigi yang lebih putih hari ini!

Temui rangkaian GLISTER yang diberi nafas baharu di Amway.my