Floating Icon
27 MAY 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 500 LIHAT 28 BERKONGSI

Kecantikan yang Sihat Untuk Semua Umur

Perubahan rupa seseorang sepanjang hidupnya memang menarik jika diperhatikan. Daripada wajah comel dan polos ketika kecil kepada pesona individu dewasa yang diserlahkan dengan kematangan usia mereka. Namun, apa yang tidak sepatutnya berubah ialah usaha untuk mengekalkan penampilan mereka.



Penyelesaian yang manakah sesuai untuk kumpulan umur anda?

Antara umur 18 hingga 35 tahun, jenis kulit tipikal termasuklah berminyak dan normal ke berminyak. Kebanyakan orang daripada kumpulan umur dan jenis kulit ini ingin mengawal sebum berlebihan, minyak dan kilatan untuk meminimumkan penampilan liang roma serta melicinkan dan menghaluskan kulit.


Artistry Skin Nutrition Balancing Solution

ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Solution sangat bagus untuk mereka yang ingin menyeimbangkan paras minyak dan penghidratan kulit di samping mengurangkan penampilan kilatan kulit berminyak. Produknya juga didatangkan dalam tekstur paling ringan, yang menambah sensasi menyegarkan dalam koleksi ini.


Sudah tentulah tidak semua orang di bawah umur 35 tahun mempunyai kulit berminyak. Ramai juga yang mempunyai kulit normal ke kering atau kering yang memerlukan lebih banyak penghidratan yang menyegarkan untuk kulit muka yang sihat berseri.


Artistry Skin Nutrition Hydrating Solution

ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Solution ialah jawapan untuk kulit yang licin dan kelihatan lembap. Rangsangan lembapannya yang kuat serta-merta menyegarkan semula kulit kering dan membantunya menentang penuaan pramatang.

ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan juga Hydrating Solution menampilkan Kompleks Pencegahan, gabungan eksklusif Ceri Aserola yang ditanam Nutrilite, Daisi Australia dan Ekstrak Beri Hitam. Ini merangsang sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350% dan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan pramatang yang kelihatan.




Apabila seseorang mencecah umur 35 tahun ke atas, tanda-tanda penuaan awal hingga sederhana mula muncul. Ini termasuk garis-garis halus dan kedutan yang disertai kekusaman, kekeringan dan hilang kecergasan.


Artistry Skin Nutrition Renewing Solution

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution merupakan pilihan yang tepat untuk mengaktifkan semula pembaikan semula jadi kulit. Ia memberikan lembapan yang kaya untuk memudarkan garis-garis halus dan mengurangkan perubahan warna di samping membantu memulihkan tenaga kulit dan keanjalan pada masa yang sama.

Mereka yang berumur 45 tahun ke atas mungkin melihat tanda-tanda penuaan lanjutan seperti garis dan kedutan yang lebih dalam serta hilang kepejalan dan keanjalan. Pada peringkat ini, kulit juga sangat kering.


Artistry Skin Nutrition Firming Solution

ARTISTRY SKIN NUTRITION Firming Solution memberikan penyuburan intensif untuk memejal, menegang dan membaiki. Dengan formula antipenuaan ARTISTRY yang paling komprehensif, ia meningkatkan kepejalan dan mengurangkan kedutan dalam, pucat kuning dan kekenduran untuk penampilan yang lebih muda.

ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing dan Firming Solution menampilkan Kompleks Pembaikan, yang memulihkan keadaan kulit yang muda sebanyak 600% – semuanya terima kasih kepada Bayam, Kunyit dan Bunga Tea Olive yang ditanam Nutrilite.



Semudah itu, koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION akan sentiasa bersama anda dalam perjalanan menuju kecantikan berpanjangan. Jadi mulakan perjalanan Kecantikan yang Sihat anda bersama kami hari ini!

Semak rangkaian penuh ARTISTRY SKIN NUTRITION di Amway.my