Floating Icon
07 DEC 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 701 LIHAT 56 BERKONGSI

Tahukah Anda bahawa Anda Boleh Menggunakan Peluntur Fabrik SA8 Bukan Untuk Kain Cucian Sahaja?

Did-You-Know-You-Can-Use-SA8-All-Fabric-Bleach-For-More-Than-Laundry750.jpg

Kami tahu anda bukan orang baru dalam hal pembersihan. Anda pasti ada beberapa helah untuk menjadikan kediaman anda bersih berseri. Tambahan pula, menjaga ruang anda penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda. Tetapi pernahkah anda ditewaskan oleh kesan yang sukar ditanggalkan dan tertanya-tanya jika ada cara lain untuk menghilangkannya?

Kami ada berita baik untuk anda – tahukah anda bahawa Peluntur Fabrik SA8™ ialah senjata pembersih rahsia yang berkuasa dan boleh digunakan bukan untuk kain cucian sahaja? Berasaskan peluntur oksigen, agen pembersih ini sangat sempurna bukan sahaja untuk mencerahkan kain cucian anda tetapi juga menangani kesan degil. Walaupun ia bukan pembersih serba guna, ia sangat berkesan untuk kawasan tertentu di sekitar rumah.

Berikut ialah beberapa cara anda boleh menggunakan Peluntur Fabrik SA8 untuk menjadikan kediaman anda bersinar:


Get-rid-of-tea-and-coffee-stains.jpg

1. Menghilangkan kesan teh dan kopi

Isi koleh teh atau kopi dan periuk anda dengan air mendidih. Larutkan 5 ml peluntur dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, bilas sehingga bersih untuk melihat hasilnya yang berkilau!


Disinfect-your-kitchen-tools-and-chopping-boards.jpg

2. Menyahjangkit peralatan dapur dan landas cincang anda.

Walaupun anda mencuci papan pemotong dan peralatan dapur dengan teliti, bakteria daripada daging dan makanan laut masih ada di permukaannya. Membersihkan landas cincang anda, terutamanya landas penjual daging dengan peluntur memberikannya pembersihan mendalam dan menyahjangkit permukaannya. Campurkan 1 sudu peluntur dengan 2 liter air dan sental permukaan papan pemotong anda dengan larutan itu. Pastikan anda tidak merendamnya! Lap dengan tuala dapur yang lembap dan keringkan betul-betul.


Clean-the-grout-between-tiles.jpg

3. Membersihkan turap antara jubin

Membersihkan turap jubin boleh menjadi tugas yang cepat dan mudah. Hanya campurkan 70 ml Peluntur Fabrik SA8 dengan 30 ml air untuk membuat pes. Sapu pada turap Jubin dengan memakai sarung tangan getah. Biarkan campuran itu selama 1 jam sebelum menyental, membilas dan membiarkannya kering sendiri.


Take-care-of-your-countertops.jpg

4. Jaga kaunter anda

Peluntur Fabrik SA8 juga boleh digunakan untuk menyental atas kaunter anda. Anda hanya perlu menaburkan sedikit serbuk peluntur di atas permukaannya dan sental dengan span atau kain lembap. Selepas itu, bilas menggunakan air bersih.


5. Menghilangkan bau tong sampah yang tidak menyenangkan

Sama ada sampah biasa atau lampin kotor, Peluntur Fabrik SA8 boleh membantu. Hanya campurkan 45 ml peluntur dengan 1 liter air dan gunakannya untuk mencuci bahagian dalam dan luar tong sampah anda. Setelah selesai, bilas dengan air dan biarkan ia kering sendiri sebelum menggunakannya.


Speedy-stain-removal-for-carpets.jpg

6. Menghilangkan kesan pada permaidani dengan cepat

Ada kesan jus anggur atau makanan tumpah di permaidani anda? Anda boleh membersihkannya dengan Peluntur Fabrik SA8. Hanya larutkan sesudu kecil penuh peluntur dalam 500ml air suam atau panas, pindahkan ke botol penyembur dan kemudian sembur larutan pada kesan kotor sehingga hilang. Pedap permaidani sehingga kering dan anda sudah selesai!


Petua Tambahan

Sebelum anda memulakan pembersihan, berikut ialah beberapa perkara yang harus anda ingat tentang peluntur oksigen:

  • Walaupun peluntur oksigen serba guna, ia tidak menggantikan pembersih pelbagai guna sehari-hari. Oleh itu, dalam hal berkaitan dengan penyenggaraan rumah, pilih pembersih biasa dan hanya pilih peluntur apabila anda berhadapan dengan kesan kotor yang sukar dihilangkan.
  • Apabila anda mencampurkan peluntur dengan air, kami syorkan menggunakan air suam atau panas untuk memastikan serbuk peluntur benar-benar larut.
  • Sesetengah kesan kotor mungkin memerlukan rawatan yang lebih kuat, lebih lama malah berulang kali. Namun begitu, sentiasa mulakan dengan larutan yang cair dan tambah mengikut keperluan.
  • Walaupun peluntur oksigen tidak toksik, anda harus menggunakan sarung tangan untuk melindungi tangan daripada kerengsaan jika anda ingin menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.


Mengapa Peluntur Fabrik SA8?

Peluntur Fabrik SA8 bukan sahaja peluntur tanpa klorin dan tahan luntur tetapi juga menawarkan prestasi pembersihan berkuasa untuk pelbagai jenis tekstil. Ia tidak mengandungi fosfat, pencelup, Ethylenediaminetetraacetic Acid (EDTA) atau Nitrilotriacetic Acid (NTA) dan terbiodegradasi. Selain itu, Peluntur Fabrik SA8 didatangkan dalam bungkusan kadbod yang mesra alam, menjadikannya pilihan yang hebat bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi lebih lestari.