Ianya sejenis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan dipercayai sejak turun-temurun lagi dalam kalangan orang Asia. Pegaga atau nama saintifiknya ‘Centella asiatica’ merupakan tanaman yang banyak didapati di Asia seperti India, Jepun, China, Indonesia dan Malaysia.
Pegaga sering dijadikan ulam-ulaman kerana khasiatnya yang membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ia juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Ia juga turut digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia.
Ia juga boleh didapati dalam bentuk jus, pil, kapsul atau serbuk untuk memudahkan pengambilan untuk kesihatan. Antara khasiat kesihatan dan kecantikan yang sering dikaitkan dengan pegaga ialah:
Selain diambil dalam bentuk minuman atau suplemen, pegaga juga telah dijadikan kandungan dan bahan untuk produk penjagaan kulit dan kecantikan seperti pencuci muka, krim dan juga masker wajah.
Di Amway, kami telah menjalankan penyelidikan terhadap pegaga dan mengakui keberkesanan tumbuhan ini dalam kecantikan dan kesihatan kulit.
Ramuan utama dalam ARTISTRY Blooming Sleeping Mask ialah pegaga yang telah dirumus khas dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Masker ini mengandungi Fermentia CICA, iaitu Centella (pegaga) yang telah ditapai. Ia terbukti secara klinikal berkesan melegakan keradangan, menghidratkan kulit dan merawat kerosakan kulit yang disebabkan sinar UV dan pencemaran.
Dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, ia pasti memberi kesan yang sangat baik pada kulit anda. Antara khasiat ARTISTRY Blooming Sleeping Mask yang dihasilkan daripada ekstrak pegaga ini ialah:
Ianya sesuai untuk lelaki atau wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit serta ingin sentiasa kelihatan muda daripada usia sebenar. Sekiranya anda sering memakai solekan, kami sarankan penggunaan ARTISTRY Blooming Sleeping Mask ini untuk merehatkan kulit anda.
Sekiranya anda seorang yang aktif dan sering terdedah kepada matahari atau selalu melakukan aktiviti luar, pemakaian masker ini membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda yang mungkin telah mula mengalami kekeringan akibat aktiviti luar.
Bersihkan kulit anda dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai. Kemudian pastikan anda sudah lengkap menggunakan set penjagaan kulit anda untuk waktu malam. Selepas itu, barulah ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dipakai pada langkah terakhir untuk merehatkan kulit anda. ARTISTRY Blooming Sleeping Mask dipakai pada waktu malam sebelum anda tidur dan dibiarkan semalaman. Ia boleh dipakai setiap hari atau 2 ke 3 kali seminggu. Sangat mudah penggunaannya tanpa perlu dibilas dan juga tidak mengotorkan kerana ia bertekstur seperti krim yang lembut dan ringan.
Usah tunggu lagi untuk mendapatkan kulit yang kekal berseri, anjal dan kelihatan awet muda. Dengan penggunaan masker muka yang memiliki pelbagai khasiat untuk kulit, anda dapat mengembalikan ‘usia muda’ anda.