Floating Icon
26 FEB 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 681 LIHAT 6 BERKONGSI

Harungi Cuaca Panas dengan Sebotol Air Tulen

Brave the Heat with a Bottle of True Water 1


Harungi Cuaca Panas dengan Sebotol Air Tulen

Sementara kita menyesuaikan diri dengan Norma Baru, bersantai di tepian pantai bagaikan mimpi masa lalu. Namun, itu tidak bermaksud kita boleh mengabaikan pelindung matahari dan botol air kita!

Hidup di negara tropika memang membuatkan kita berpeluh. Cuaca dan kelembapan boleh membuatkan anda ternyahhidrat lebih cepat daripada tinggal di iklim yang lebih sejuk. Apa yang boleh membuatkan anda ternyahhidrat lebih cepat lagi adalah apabila anda duduk membuat kerja pejabat di rumah dan bekerja sepanjang hari tanpa berhenti untuk mengisi semula gelas atau botol air anda.

Berjalan ke dapur untuk mengisi semula gelas atau botol air anda mungkin terasa leceh (terutamanya ketika anda sibuk mengejar tarikh akhir) tetapi yakinlah, manfaatnya besar pada tubuh anda. Jadi, pastikan anda bangun, bergerak dan memastikan anda terhidrat dengan air minum yang tulen dan jernih


Sentiasa Selamat, Sentiasa Bersih

Sebagai penduduk Malaysia, anda pasti akan mengalami masalah gangguan dan bekalan air terputus secara tiba-tiba. Oleh sebab keadaan sungai dan bahan cemar dalam sumber air kita, sukar untuk mempercayai air yang keluar daripada paip anda. Bergegas keluar untuk mengisi botol air juga menyusahkan, terutama dengan pelaksanaan SOP ramai orang yang bergelut untuk melakukan hal yang sama.

Tinggal di rumah dan elakkan kawasan sesak dengan Sistem Rawatan Air eSpring. Lampu UV dan penuras blok karbonnya menghapuskan sehingga 99.99% bakteria, virus dan bahan cemar yang terdapat dalam air. Ia juga menghilangkan bau dan rasa yang kurang enak, menjadikannya selamat, bersih dan segar untuk kegunaan seharian anda.


Brave the Heat with a Bottle of True Water 2


Terlalu tawar? Tambahkan sedikit perisa!

Sesetengah orang tidak boleh minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Bagi anda yang memerlukan sedikit motivasi untuk kekal terhidrat, mengapa tidak cuba menambahkan sedikit perisa ke dalamnya! Jauhi minuman berkarbonat dan minuman tenaga yang mengandungi banyak gula dan pilihlah Minuman Tenaga XS. Ia tanpa gula dan penuh dengan perisa dan vitamin B untuk merangsang tenaga!


Brave the Heat with a Bottle of True Water 3


Sebagai alternatif, anda juga boleh menyediakan segelas Nutrilite PhytoPOWDER Beverage Crystals untuk letusan penghidratan yang menyegarkan. Cubalah rasa sitrus seperti Orange dan Lemon atau sedikit rasa masam dengan Cherry! Lihat resipi-resipi yang dicipta oleh Pemilik Perniagaan Amway kami!


Tidak kira bagaimana anda melakukannya, pastikan anda kekal terhidrat dan kekal selamat! #PutuskanRantaian #KekalDiRumah #KitaJagaKita