Floating Icon
10 MAR 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 2367 LIHAT 78 BERKONGSI

ARTISTRY SKIN NUTRITION: Penyelesaian yang Menyeimbangkan

Anda mencuci dan menyapu bedak pada muka tetapi dalam masa setengah jam, ada kilatan berminyak pada kulit anda. Cela jerawat merengsakan permukaannya manakala liang-liang anda besar dan ketara.

Biasa dengar situasi ini?

Semua masalah kulit ini – kilatan berminyak, jerawat, cela dan liang-liang besar yang ketara ialah tanda kulit bermasalah yang boleh mendapat manfaat yang besar daripada rutin penjagaan kulit yang seimbang.

Balancing Solution flatlay

Produk ARTISTRY SKIN NUTRITION memberikan penjagaan peribadi untuk kulit anda, menyuburkan dengan lembut dan membelainya ke tahap kesihatan yang terbaik. Gunakan dengan yakin kerana ia tidak mengandungi minyak mineral, paraben, ftalat atau surfaktan berasaskan sulfat.

Penyelesaian yang Menyeimbangkan ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus khusus dengan Biji Chia Putih Nutrilite untuk menyingkirkan semua kotoran dan mengembalikan keseimbangan permukaan kulit di samping mengekalkan penghidratan dan meminimumkan ketidaksempurnaan kecil, liang dan kilatan. Berikut adalah pandangan yang lebih dekat:


Balancing Jelly Cleanser

Langkah 1: Balancing Jelly Cleanser

Pembersih gel berbusa ini rasa segar dan menyamankan pada kulit cela yang terengsa, membersihkannya daripada minyak berlebihan dan kotoran yang menyumbat liang-liang di samping mengekalkan kelembapan, menjadikan kulit segar bak embun, bersih dan berseri. Ia sangat sesuai untuk jenis kulit normal sehingga berminyak, biasanya dalam lingkungan usia 18-35 tahun.

Campuran Shiso Perila dan Aloe Vera yang dipatenkan membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan sementara agen pembersih asid amino dirumus khusus untuk memastikan kulit pada tahap PH yang paling sihat, membantu mengekalkan perintang mikrobiom semula jadi kulit, mencegah cela. Ia diuji secara dermatologi sebagai hipoalergenik, bebas sabun dan sesuai untuk kulit sensitif.


Balancing Fresh Shake Toner

Langkah 2: Balancing Fresh Shake Toner

Goncang dan singkirkan minyak dan kilatan dengan serta-merta. Teknologi revolusioner ini menggunakan serbuk penyerap minyak khusus dalam asas cecair untuk menyingkirkan sebum berlebihan dan sisa dengan cepat di samping memulihkan kerosakan lampau pada kulit. Dirumus dengan Witch Hazel dan bukannya alkohol, ia penjernih liang daripada sumber semula jadi yang menyeimbangkan penghasilan sebum kulit. Sementara itu, Biji Chia Putih – bahan wira dalam siri SKIN NUTRITION menggunakan fitonutrien semula jadi untuk menyokong fungsi perintang kulit dan memberikan kemasan pusam lembut pada kulit.


Balancing Matte Day Lotion

Langkah 3 (AM): Balancing Matte Day Lotion SPF 30

Tambahkan perlindungan spektrum luas dengan Balancing Matte Day Lotion SPF 30 yang ringan. Ia menyerap ke dalam kulit dan menjadikannya rasa pusam lembut sambil menyeduh penghidratan yang berkuasa. Diperbuat dengan Gel Biji Chia Putih, Meadow Sweet dan Karnosin, losyen pelbagai guna yang hebat ini mencegah kulit berminyak di samping melindungi daripada kerosakan kulit akibat sinar UVA dan UVB daripada sinar matahari dan cahaya biru yang berbahaya daripada peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.


Balancing Matte Gel Lotion

Langkah 4 (PM): Balancing Matte Gel Lotion

Bina semula, lembapkan dan lindungi kulit anda dengan Balancing Matte Gel Lotion. Losyen gel ringan yang tidak berminyak ini menyimbahi kulit dengan sensasi yang menyamankan, sementara penyerapan pantasnya menyeduh lembapan untuk mencegah tanda-tanda penuaan pramatang ketara, menjadikan kulit terhidrat dengan tekstur yang seragam.

Diseduh dengan Buah Delima Nutrilite dan Biji Chia Putih, ia menguatkan perintang lembapan kulit dan membantu mencegah cela pada masa depan. Plankton Tumbuhan dan Zink memberikan penghidratan 24 jam sementara minyak berlebihan diserap untuk penampilan yang bebas kilatan.

Serlahkan kulit pusam lembut dengan Penyelesaian yang Menyeimbangkan ARTISTRY SKIN NUTRITION!

Nantikan artikel kami tentang Penyelesaian yang Menghidratkan ARTISTRY SKIN NUTRITION #ArtistryHealthyBeauty