Floating Icon
10 FEB 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 463 LIHAT 4 BERKONGSI

3 Pewarna Bibir Merah Seksi untuk Valentine 2021

Setiap wanita tahu bahawa tiada apa yang dapat memberikan keyakinan sama seperti gincu merah menyala. Merah adalah salah satu warna gincu yang paling menarik kerana ia menambah seri warna yang sihat kepada kulit wajah anda.

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, sesiapa sahaja boleh memakainya – anda hanya perlu mencari rona yang sesuai dengan tona kulit anda. Merah terang dengan bayangan warna biru akan menyerlahkan kulit yang cerah, manakala mereka yang mempunyai tona kulit yang sederhana kelihatan hebat dengan merah kejingga-jinggaan. Rona yang lebih gelap amat sesuai bagi yang berkulit gelap.

Mengapa memakai warna merah untuk Hari Valentine? Secara tradisi, warna ini melambangkan cinta, kecantikan, percintaan dan keberanian – dan siapa yang tidak inginkan semua ini? Maka, beranikan diri dan hangatkan lagi malam anda dengan bibir merah bak delima merekah! Berikut adalah kegemaran kami untuk kucupan Valentine:

Valentine 2021 Sakura

ARTISTRY STUDIO Tokyo Edition Jelly Plumping Lip Tint in Sakura

Koleksi ini mendapat sambutan serta-merta ketika mula-mula dilancarkan dan sememangnya mudah untuk melihat sebabnya. Diinspirasikan oleh cat air Jepun, warna nipis yang tahan lama ini mewarnai bibir yang mungil dengan kelembapan lalu memberikannya seri warna yang sihat. Untuk kesan yang lebih ketara, lapisi warna itu – tunggu selama 15 saat untuk lapisan pertama sebelum menyapu semula.



Valentine 2021 Daring Red

ARTISTRY SIGNATURE COLOR Lipstick in Daring Red

Tiada apa dapat menandingi rasa sensual rona asli dan kaya. Pesonakan si jejaka dengan pilihan yang memikat lagi hangat ini, dipertingkatkan oleh penghidratan Vitamin E yang mendalam untuk bibir yang sangat lembut dan warna yang tidak merebak keluar dan meluncur dengan begitu elegan.



Valentine 2021 Real Red

ARTISTRY SIGNATURE COLOR Light Up Lip Gloss in Real Red

Kami menyukai rangkaian ini kerana warna nipis ke warna sederhananya dengan kemasan bak krim dan berkilau. Terima kasih kepada minyak Jojoba dan Avokado yang melembapkan, bibir kekal lembut, sihat malah menggiurkan! Oh, dan adakah kami menyebut tentang cermin dan lampu yang terbina dalam untuk mudah membetulkan solekan dalam keadaan malap?


Kenali koleksi rona merah kami yang menarik – dan banyak lagi – di www.amway.my