Floating Icon
21 JUN 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 9 LIHAT 2 BERKONGSI

Intan Eksekutif Pengasas Loh Foh Min & Tan Bee Ching

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Intan Eksekutif Pengasas Loh Foh Min & Tan Bee Ching

KLUANG | TAN TYNG YUH & GAN YOKE KWEE


Tingkatkan Kesejahteraan Insan Di Sekeliling Kita


Loh Foh Min-Tan Bee Ching-1.jpg

Kami telah menjadi sebahagian daripada keluarga Amway selama lebih 30 tahun. Bagi kami, Amway menawarkan bukan sahaja cara untuk memperoleh pendapatan, tetapi juga kebebasan untuk menjalani kehidupan mengikut syarat kami sendiri.


Pada awal 1990-an, kami menyedari bahawa menjalankan perniagaan konvensional tidak memberi jaminan apabila hotel yang kami tubuhkan menghadapi nasib yang tidak menentu kerana tuntutan tertentu daripada tuan tanah. Apabila kami bertemu dengan penaja kami San Kee Tong, kami bukan sahaja mengetahui tentang Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, tetapi juga produknya yang berkualiti dan persekitaran yang positif. Kami ingin menjadi sebahagian daripada sesuatu yang boleh membantu kami menimba lebih banyak pengetahuan, meningkatkan kesihatan kami dan menjadi legasi kepada anak-anak kami.


Loh Foh Min-Tan Bee Ching-5.jpg

Ketika kami baharu berjinak-jinak pada Julai 1991, dua anak lelaki kami masing-masing baharu sahaja berumur lapan dan enam tahun. Syukurlah, perniagaan ini membolehkan kami menjadualkan aktiviti perniagaan kami supaya kami dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama mereka. Daripada sekadar peluang menjana pendapatan, Amway akhirnya menjadi sebuah platform hebat yang membolehkan kami berkembang pada tahap peribadi dan merancang demi masa depan yang lebih baik.


Loh Foh Min-Tan Bee Ching-6.jpg

Kami melayakkan diri sebagai Platinum pada bulan Februari 1992 dan telah dijemput ke Seminar Kepimpinan Amway (ALS) 1992 Sydney buat kali pertama. Pada 1993, kami menjadi Pemilik Perniagaan Amway sepenuh masa dan turut layak sebagai Zamrud pada bulan Ogos dalam tahun yang sama. Kami mencapai Intan pada bulan Ogos 1997, Intan Pengasas pada 2008, dan Intan Eksekutif pada 2016.

Sepanjang tempoh pandemik, perniagaan dan pendapatan kami berkembang dengan pesat walaupun kami terperangkap di rumah. Sehingga kini, kami berjaya melayakkan diri ke ALS setiap tahun sejak 1992, yang merupakan pendorong terbesar kami. Perniagaan ini juga telah membolehkan kami mengawal masa kami semula. Paling penting, Amway memberi kami peluang untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik.

Kedua-dua anak lelaki kami juga turut menyertai keluarga Amway. Sebagai ibu bapa, kami amat bersyukur kerana dapat membina perniagaan yang memupuk disiplin diri, prinsip yang kukuh dan tingkah laku yang positif; yang semuanya terus memberkati keluarga kami hingga ke hari ini.

Seperti kebanyakan orang lain, kami menghadapi cemuhan dan penolakan secara berterusan semasa kami membina perniagaan ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa menyematnya dalam ingatan bahawa kejayaan masa depan kita ditentukan oleh cara kita menangani cabaran ini dan terus bertahan. Teruskan menaja orang lain, buat pilihan yang tepat, dan kejayaan yang anda inginkan pasti menjadi milik anda suatu hari nanti.