Floating Icon
01 OCT 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 167 LIHAT 0 BERKONGSI

Founders Emerald Tan Kingsly & Ng Wen Yi

Founders Emerald Tan Kingsly & Ng Wen Yi

Tampin |  Lee Jia Chang & Tan Yi Wen

Saya mendaftar dengan Amway untuk menyokong kawan baik saya semasa menjalani latihan industri. Setelah menghadiri mesyuarat Amway, saya memutuskan untuk membina perniagaan Amway saya sendiri. Ketika itu saya sedang menamatkan semester akhir saya di universiti. Setelah tamat pengajian, saya memutuskan untuk tidak mahu kerja makan gaji. Sebaliknya, saya memilih untuk membina perniagaan Amway saya sepenuh masa.

Berasal dari keluarga biasa, saya inginkan kebebasan untuk mengawal kehidupan saya sendiri. Saya mempelajarinya melalui Amway bahawa saya boleh mencapai matlamat ini. Atas kesedaran tersebut, saya menjadikan perniagaan Amway saya sebagai salah satu keutamaan dalam hidup saya.

Saya mencapai Platinum setahun selepas saya tamat pengajian dan melayakkan diri ke Seminar Kepimpinan Amway pada tahun berikutnya. Pada 2020 dan 2021, saya mencapai Nilam Pengasas, Zamrud dan Zamrud Pengasas bersama-sama dengan isteri saya. Pertumbuhan perniagaan kami walau pun ketika masa yang mencabar telah meyakinkan saya bahawa perniagaan Amway benar-benar kalis pandemik.

Oleh yang demikian, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja dan pemimpin kami yang telah memberi inspirasi, memberi tunjuk ajar, membimbing dan menyokong kami di sepanjang perjalanan Amway kami. Amway ialah perniagaan yang membolehkan sesiapa sahaja menyemarakkan impian mereka! Amway menjadikannya mungkin, kami merealisasikannya! Jumpa anda di puncak jaya!