Floating Icon
01 FEB 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 144 LIHAT 0 BERKONGSI

Founders Emerald Swen Kok Si Wen

Founders Emerald Swen Kok Si Wen

Pulau Pinang Siew Fang & Celia Wong

Saya adalah seorang pakar kejuruteraan bahan manakala isteri saya pula adalah seorang perunding saluran paip bawah laut. Sejak kecil lagi kami telah diajar untuk tekun belajar agar mendapat pekerjaan yang baik. Walau bagaimanapun, apabila kami mula bekerja, kami menyedari bahawa hampir mustahil untuk mencapai kebebasan kewangan serta impian kami jika kami hanya bergantung kepada kerjaya profesional kami semata-mata.



Bagaikan takdir, kami telah diperkenalkan kepada Peluang Perniagaan Amway. Kami dengan serta-merta mengetahui bahawa inilah peluang kami untuk mengubah kehidupan kami menjadi lebih baik. Amway boleh memberikan pendapatan pasif sambil membantu orang di sekeliling kami menjalani kehidupan dan memiliki kesihatan yang lebih baik. Ia memenuhi kesemua keperluan bagi mencapai matlamat hidup kami.



Untuk mencapai penyemat Zamrud Pengasas, kami mesti rasa selesa dahulu dengan rasa tidak selesa. Sentiasa berubah. Kedua, satu-satunya perkara yang menghentikan kita daripada mencapai matlamat kita adalah diri kita sendiri. Memandangkan semua orang mempunyai 24 jam setiap hari yang sama, kita perlu berupaya untuk mengurus masa kita dengan baik. Ketiga, kekal setia dan boleh diajar, iaitu menyerahkannya kepada mentor anda. Manfaatkan kejayaan mentor anda untuk membina kejayaan anda sendiri. Akhir sekali, bekerja keras dan kekal fokus. Hentian seterusnya, capai Intan!