Kuantan | Siti Syaffurah Mohd Shariff & Ahmad Wazi Ramli
Siapa sangka perniagaan Amway boleh mengubah kehidupan seorang ahli farmasi dan doktor perubatan? Suami saya sedang mencari peluang untuk memperoleh pendapatan pasif. Dia sangat terkejut apabila dia mendapati bahawa sistem ganjaran Amway adalah selaras dengan impiannya. Pada mulanya, saya menceburi perniagaan Amway untuk membantu suami saya tetapi kemudian saya turut tertarik dengan nilai-nilai Amway.
Kami percaya bahawa egoisme dan mementingkan diri sendiri merupakan halangan utama kepada kejayaan. Kami berkongsi nilai teras ini dengan semua orang yang ingin menyertai pasukan kami serta mencapai impian mereka bersama Amway. Konsep pemodelan merupakan konsep terbaik untuk diterima pakai. Ikuti dan tiru perkara yang dikatakan oleh mentor anda dan bekerjasama dengan mereka. Hargai pasukan anda, terokai potensi hebat mereka, bina kepercayaan dan sentiasa bekerjasama dengan mereka. Kami hanya boleh mencapai impian kami dengan membantu lebih ramai orang dalam pasukan kami mencapai impian mereka.
Ganjaran yang paling memuaskan dalam Amway ialah keseronokan menikmati kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan status kewangan rakan dan keluarga kami. Kami bukan sahaja menunjukkan hasilnya, kami juga menyediakan cara untuk mencapai perkara yang mereka inginkan. Jika kami boleh lakukannya, anda juga boleh!