Floating Icon
01 SEP 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 129 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Pengasas Norazura Mohd Din & Zunaidi Mat Nor

Zamrud Pengasas Norazura Mohd Din & Zunaidi Mat Nor

Kuala Terengganu |  Wan Rohanina Wan Ibrahim & Abdul Aziz Johari



Saya merupakan pegawai kerajaan manakala suami saya seorang eksekutif di salah sebuah syarikat minyak dan gas terbesar. Kami sudah bekerja lebih daripada 20 tahun. Kami memiliki kehidupan yang selesa dan pendapatan yang mencukupi untuk menyara keluarga kami.

Saya mendaftar dengan Amway untuk menjadi pengguna. Sebagai wanita berkerjaya yang memerlukan semua tugas diselesaikan dengan pantas, saya membeli beberapa perkakas elektrik daripada Amway untuk memudahkan tugas saya sebagai seorang isteri dan ibu. Akhirnya, saya mencuba produk Amway yang lain.

Saya mula berminat untuk menjalankan perniagaan Amway selepas ABO atasan saya melayakkan diri ke Seminar Kepimpinan Amway 2019 Dubaibersama suaminya dan menerima bonus yang banyak. Ketika itulah saya bertanya kepada diri saya, mengapa saya tidak mencuba perniagaan ini? Saya juga mula membayangkan kejayaan saya.

Saya nekad untuk memulakan perniagaan ini bersama-sama 7 ABO saya. Hari ini, 3 daripada mereka ialah Platinum Pengasas. Saya bersyukur dengan nikmat ini. Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan ini, jangan buang masa lagi. Bagi mereka yang berusaha gigih untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, teruskan. Anda berada di jalan yang betul. Jumpa anda di puncak kejayaan.