Melaka | Mohd Zulshukri Hasan & Hamidah Nachar Aminsa
Saya adalah seorang tukang jahit dan pengasuh, manakala rakan kongsi saya adalah seorang pentadbir sekolah di Melaka. Kami mendaftar sebagai ABO pada Disember 2008 untuk mengambil produk Nutrilite kerana masalah kesihatan yang saya alami. Apabila kesihatan saya menunjukkan peningkatan, kami memutuskan untuk membina perniagaan Amway kami secara serius.
Berhadapan dengan masalah dan cabaran sememangnya tidak boleh dielakkan untuk menjadi ABO yang berjaya. Kami menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai kedudukan kami hari ini. Malahan, kami berhadapan dengan satu lagi cabaran apabila dunia dilanda pandemik, tetapi kami kekal fokus dan tetap dengan haluan kami. Kerja keras kami akhirnya membuahkan hasil. Kami mencapai Platinum pada 2010, Platinum Pengasas pada 2012 dan kami diundang ke Seminar Kepimpinan Amway (ALS) 2013 Hokkaido, ALS 2015 Las Vegas, ALS 2016 Mediterranean Cruise dan ALS 2017 Hawaii. Pada 2021, kami berjaya mencapai Nilam Pengasas, Zamrud dan Zamrud Pengasas serta layak untuk ALS Alaska.
Jangan silap, anda tidak dapat menikmati kejayaan dalam Amway tanpa usaha, disiplin dan daya tahan yang tinggi. Ini bukannya mengenai berapa pantas anda membina perniagaan tetapi sejauh mana kemampanan anda membinanya. Kegagalan tidak wujud dalam Amway melainkan bagi mereka yang mudah berputus asa.