Floating Icon
23 MAR 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 332 LIHAT 17 BERKONGSI

Intan Eksekutif Ramachandran & Devaki

Intan Eksekutif Ramachandran & Devaki

Kota Kemuning | Jayasilan & Rajeswary

Hold_On_To_Your_Belief_No_Matter_What_-_Eng.jpg


Berpeganglah Pada Kepercayaan Anda Walau Apa Pun Yang Terjadi

Pada November 1989, kami mendaftar sebagai ABO untuk kali ketiga. Saya ibu muda kepada dua orang anak dan bekerja sebagai jururawat, manakala Ramachandran seorang pegawai polis trafik. Saya mahu lebih banyak masa bersama anak-anak, jadi saya berhenti kerja empat hari selepas diperkenalkan dengan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway. Tahun ini adalah tahun ke-32 tahun kami sebagai ABO. Terima kasih kepada Amway, kami telah mengembara ke lebih 25 negara melalui Seminar Kepimpinan Amway.


If_we_can_sustain_our_Amway_business_for_32_years_you_can_too.jpg

Sejak kami mencapai Intan pada 1998, mendiang suami saya mahu menyasarkan matlamat yang lebih tinggi. Namun, apabila dia jatuh sakit, kami memutuskan untuk mengutamakan keluarga. Sungguhpun demikian, kami tidak berputus asa dan terus membina perniagaan ini. Kami tetap menganjurkan mesyuarat dan seminar walaupun kesihatannya semakin merosot.


Dedication_sacrifice_and_commitment_were_the_3_pillars_which_helped_grow_this_business.jpg

Apabila dia meninggal dunia pada 2019, saya memutuskan untuk mempertahankan legasinya dan mahu namanya kembali bersinar selepas 22 tahun kami mencapai Intan. Anak-anak saya, Zamrud Shalini Devi Ramachandran & Yuveneswara Murti dan Platinum Pengasas Sharen Ramachandran bersama-sama saya dalam usaha ini.

Dedikasi, pengorbanan dan komitmen ialah tiga tonggak yang membantu mengembangkan perniagaan ini sepanjang pandemik. Kami berjaya melakukannya dengan sokongan para pemimpin kami di seluruh Malaysia, Singapura dan Australia. Dengan kerja berpasukan, tiada yang mustahil.


Anything_is_possible_with_teamwork.jpg

Semasa kami memulakan perniagaan ini, Internet dan telefon bimbit masih di peringkat awal. Mengembangkan perniagaan termasuklah mengadakan mesyuarat di rumah, seminar bersemuka, taklimat satu dengan satu, memberi khidmat dan membuat susulan. Kami juga menghadapi banyak cabaran. Ada juga ahli pasukan yang berputus asa dan mendakwa perniagaan ini tidak berkesan. Tetapi kami bertahan dan terus mencari peluang dan ahli baharu.

Hari ini, bukan sahaja orang ramai lebih memahami nilai produknya, malah lebih mudah dan senang untuk berkongsi pengetahuan dengan ABO kami. Dengan penggunaan platform media sosial yang meluas, perniagaan ini benar-benar di hujung jari anda. Jika kami boleh mempertahankan perniagaan Amway kami selama 32 tahun, saya pasti anda juga boleh! Tiada risiko dalam memulakan masa depan yang baik. Mengambil tanggungjawab untuk masa depan anda adalah langkah pertama untuk berjaya.


Taking_responsibility_for_your_future_is_the_first_step_to_success.jpg

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya kerana sentiasa ada di sisi saya. Sebagai suami, bapa dan pemimpin yang berdedikasi, dialah sebab saya terus membina perniagaan ini bersama anak-anak. Walaupun sakit, dia tetap positif dan membimbing anak-anak untuk memahami perniagaan Amway. Dia mempunyai kepercayaan penuh terhadap legasi perniagaan ini dan generasi masa depannya akan terjamin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Amway Malaysia, Singapura dan Australia atas sokongan mereka, serta ahli pasukan kami atas kerja keras mereka yang luar biasa dan tidak lupa kepada penaja kami, Zamrud Jayasilan & Rajeswary kerana memperkenalkan kami kepada perniagaan yang mengagumkan ini.