Floating Icon
23 JUL 2021 ACARA 2 MINIT BACA 220 LIHAT 0 BERKONGSI

eRali: Lawan Lemak, Ambil T

Lagu Rancak & Tarian Pembukaan

eRally host Baki Zainal and Senior Nutritionist Shamini Devi.jpg

Suplemen keempat Nutrilite yang dilancarkan secara maya pada tahun ini ialah Nutrilite Green-T Plus Tablet. Selepas pengenalan ringkas oleh pengacara eRali, Baki Zainal dan Pelatih Pemakanan dan Kesejahteraan Kanan yang tidak asing lagi, Shamini Devi, acara dimulakan dengan lagu dan tarian oleh pengguna BodyKey dan penyanyi tempatan, Reyhana Yunus yang meminjamkan suaranya untuk persembahan perdana lagu tema BodyKey dan menunjukkan kepada kami gerakan tarian yang ringkas tetapi rancak bersama krunya.

BodyKey Theme Song and Dance.jpg

eRali yang berlangsung pada 28 Mei 2021 ini distrim secara langsung di Microsoft Teams kepada semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO) untuk menyaksikan pelancaran suplemen kesihatan terkini dan mengetahui tentang manfaatnya daripada panel penceramah.


Perjalanan Transformasi Berat Badan Reyhana

BodyKey user and musician Reyhana Yunus body transformation.jpg

Menyahut cabaran untuk menurunkan berat badan secara mampan dalam 60 hari dengan BodyKey by Nutrilite, acara ini memaparkan perjalanan transformasi berat badan Reyhana dan hasilnya, dia kehilangan 7kg (penurunan lemak), 6.3% (peratusan lemak tubuh) dan 8kg keseluruhan (daripada jumlah berat badannya). Pada dasarnya, Reyhana kehilangan berat badan yang bersamaan dengan satu bagasi kabin!

Semasa eRali, Reyhana berkata, “Sarapan saya selalunya nasi lemak dan saya akan makan itu setiap hari. Tetapi saya sedar yang saya perlu mengubah tabiat ini kerana ia menjejaskan badan saya. Hari ini, untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan saya, saya memilih untuk mengamalkan pilihan yang lebih sihat. Ini termasuk Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey dan Minuman Protein Soya Nutrilite… Saya juga memilih untuk memasak makanan di dalam penggoreng udara dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.”

BodyKey user and musician Reyhana Yunus.jpg

Dia juga mengatakan yang dia masih boleh makan makanan kegemarannya tetapi secara sederhana menggunakan panduan bahagian makanan ‘suku suku separuh’. Diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ‘suku suku separuh’ pada dasarnya bermaksud mengisi pinggan anda dengan separuh bahagian buah-buahan dan/atau sayur-sayuran, suku bahagian protein (ayam/ikan) dan suku bahagian karbohidrat (nasi/kuinoa/kuskus/roti).

Kegigihan Reyhana untuk berpegang pada matlamat kesihatannya dan berdisiplin benar-benar berkesan kerana hasilnya ditunjukkan secara fizikal dan pada penimbang. Motonya? “Jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh!”

Tonton Perjalanan Transformasi Berat Badan Reyhana di sinihttps://www.youtube.com/watch?v=Jqk9ouNzc-Y&list=PLVgbkKIcoVPw9GITXjlK8sPgapPajhML1


Bahan-bahan Semula Jadi, Disokong oleh Sains

Marketing Head Joanne Chong(right) and Nutrition Category Manager Joyce Tan (left).jpg


Setelah kemas kini pemasaran dan pemakanan daripada Ketua Jabatan Pemasaran, Joanne Chong dan Pengurus Kategori Pemakanan, Joyce Tan, ABO mengetahui bagaimana bahan-bahan seperti Epigallocatechin Gallate (EGCG) daripada teh hijau dan alga perang yang disempurnakan oleh teknologi Green Select® Phytosome® membantu menurunkan berat badan secara mampan daripada Saintis Penyelidikan Utama Nutrilite, Dr Jina Hong.

Dr Jina berkata teh hijau penuh dengan antioksidan dan fitonutrien yang bermanfaat. Yang paling penting ialah EGCG, polifenol dengan kesan antiobesiti yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan merangsang metabolisme.

Tetapi sukar untuk badan menyerap polifenol seperti EGCG. Oleh itu, selalunya polifenol ini disingkirkan terus daripada badan dan dengan itu mengurangkan manfaat yang dialami.

GreenSelect Phytosome technology.jpg

Untuk mendapatkan manfaat penuh EGCG, penting untuk mencari sumber yang menggunakan teknologi yang dipanggil Green Select® Phytosome®. Teknologi ini menggunakan kompleks semula jadi yang kecil untuk mengikat EGCG agar lebih biotersedia (mudah didapati) dan membolehkan badan anda menyerapnya secara optimum*.

*Satu kajian klinikal yang melibatkan 12 subjek lelaki menunjukkan peningkatan paras serum EGCG selepas memberikan 400 mg EGCG dalam persediaan Phytosome berbanding dengan persediaan bukan Phytosome. Kajian klinikal lain yang melibatkan ekstrak botani yang berbeza dalam persediaan fosfolipid menunjukkan hasil yang serupa.

Nutrilite Principal Research Scientist Dr Jina Hong_2.jpg

Dia menambah bahawa suplemen ini juga mengandungi alga perang. Juga dikenali sebagai laminaria japonica, ia sumber fucoxanthin, sejenis karotenoid yang menunjukkan potensi dalam pencegahan obesiti kerana ia boleh mencegah timbunan lemak perut dan mengurangkan timbunan lemak dalam hati.

Apabila digabungkan, ekstrak teh hijau Green Select® Phytosome® dan fucoxanthin daripada alga perang membantu meningkatkan penggunaan tenaga dan dengan itu meningkatkan metabolisme badan dan membolehkan anda membakar lebih banyak lemak.

Sumber:

Tonton Dr Jina Hong di sini


Tanat dari Thailand Mengambil T

Memastikan ABO mendapat badan cantik yang terbaik daripada Reyhana dan fakta daripada Dr Jina, eRali mengakhiri acara yang lengkap ini dengan beberapa petua perniagaan yang berguna bersama Intan Eksekutif Thailand Tanat Panichingon, penyokong utama yang membina perniagaan Amway dengan Nutrilite dan BodyKey.

Thailand Executive Diamond Tanat Panichingon.jpg

Dia berkata, “soalan yang paling sering ditanya oleh prospek kepada saya ialah mereka bertanya bagaimana seseorang hendak memulakan perbualan tentang kesihatan dan memperoleh pendapatan daripada produk pengurusan berat badan yang tepat. Jawapan saya, jadilah contoh untuk produk yang anda bincangkan. Saya telah kehilangan sebanyak 15kg dengan BodyKey dan Nutrilite dan saya beritahu mereka yang saya ialah contoh yang menunjukkan bahawa produk ini berkesan dan membantu anda mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik.”

Dia menambah bahawa diet dan senaman yang betul juga penting apabila menggunakan produk pengurusan berat badan.

Secara keseluruhannya, eRali ini menarik hampir 3,000 tontonan dan diterima baik dengan maklum balas positif daripada penonton yang mengatakan mereka seolah-olah menyaksikan episod sitkom AS yang popular, Friends dan konsep kreatifnya membuatkan mereka ketawa dan belajar sepanjang acara berlangsung.