Floating Icon
31 MAY 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 127 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Hanita Gahoon & Samuel Sabalah

Kami berasal dari Kota Belud, Sabah dan telah ditaja oleh Intan Kristany Ubud & Kadmil Gungat. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Intan Eksekutif Pengasas Nazmi Osman & Alauyah Mohd Ali atas tunjuk ajar serta bimbingan mereka sehingga kami mencapai ke tahap hari ini.

Sebelum ini, saya bekerja sebagai eksekutif muda di sebuah organisasi berkaitan kerajaan. Saya memulakan perniagaan Amway pada 2019 dan menumpukan seluruh usaha saya dalam membangunkan perniagaan saya dengan cepat dan mampan. Hari ini, saya bangga untuk menyatakan bahawa perniagaan Amway saya telah membolehkan saya untuk meletakkan jawatan saya dan menjadi suri rumah serta memiliki perniagaan global. Saya bangga dengan perniagaan Amway saya kerana perniagaan ini merupakan sebuah perniagaan yang memberikan jaminan untuk masa depan saya dan boleh diwarisi oleh anak-anak saya.

Kami benar-benar menghayati visi Amway iatu “Membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih sihat”. Visi ini membolehkan saya menemui pelbagai peluang yang mengubah kehidupan saya. Berupaya membantu orang ramai melalui perniagaan Amway saya telah mengubah kehidupan saya secara mendalam yang kami tidak pernah bayangkan. Melangkah ke hadapan, kami terinspirasi untuk membantu lebih ramai orang. Jangan ragu-ragu, ambil langkah pertama anda hari ini. Jumpa anda di puncak kejayaan.