Floating Icon
31 DEC 2021 PENYANDANG 2 MINIT BACA 151 LIHAT 1 BERKONGSI

Zamrud (Dis 2021)

Zamrud Tan Khai Ming

Bukit Mertajam | Loong Thean Tuan

Emerald Tan Khai Ming-1b.jpg


Sejak kecil lagi saya diajar bahawa kunci kejayaan adalah belajar dengan tekun dan mendapat gred yang bagus. Kemudian, saya mendapati semua ini tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Emerald Tan Khai Ming-2.jpg

Pada mulanya, saya menyertai Amway kerana ingin menyokong ABO atasan saya yang secara kebetulan adalah kawan karib saya. Dulu saya adalah seorang pemilik perniagaan kecil yang hanya mengetahui sedikit mengenai Amway. Pada satu hari, saya menyertai rali Amway secara kebetulan dan mula menyedari nilai sebenar serta potensi perniagaan ini.

Emerald Tan Khai Ming-3.jpg

Saya memutuskan untuk menjalankan perniagaan ini sepenuh masa dan membina kerjaya saya dengan keinginan yang mendalam untuk berjaya serta bersikap tidak menyerah kalah. Saya layak ke Seminar Kepimpinan Amway buat kali pertama pada usia 22 tahun dan mencapai Nilam apabila berusia 24 tahun. Saya berjaya melayakkan diri sebagai Nilam Pengasas dan Zamrud semasa pandemik melanda.

Emerald Tan Khai Ming-4.jpg

Saya terhutang budi kepada Stacy Goh yang memperkenalkan saya kepada perniagaan ini, ABO atasan Intan Pengasas Loong Thean Tuan dan mentor Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho. Terima kasih kepada semua pemimpin dalam organisasi saya atas sokongan mereka yang berterusan. Marilah kita jadikan satu kebiasaan untuk menetapkan matlamat, mencabar matlamat tersebut dan jadikan impian kita satu kenyataan. Jangan berputus asa dengan matlamat anda sehinggalah anda mencapainya!