Petaling Jaya | Annie Yean & Macx Lim
Sebelum menyertai Amway, saya penjaja mi wantan. Di puncak perniagaan saya, saya membuka tiga gerai dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Namun, gaya hidup yang sangat sibuk menjejaskan kesihatan saya. Ketika itulah saya mula mencari peluang lain.
Saya diperkenalkan kepada Amway secara kebetulan. Kata-kata penaja saya bahawa kita boleh bangun dari tidur bila-bila masa setiap hari menarik perhatian saya. Saya juga tertarik dengan kebebasan masa dan kewangan yang ditawarkan Amway.
Saya mengambil masa 3 tahun 8 bulan membina perniagaan ini secara sambilan sebelum menjadi ABO sepenuh masa. Kini, saya tidak perlu lagi dikejutkan oleh jam penggera. Saya juga merealisasikan matlamat untuk berdikari dari segi kewangan. Selain memiliki rumah dan kereta impian, saya juga menjalani gaya hidup yang penuh dengan pengalaman indah.
Di Amway, ia adalah tentang bagaimana kehidupan seseorang mempengaruhi kehidupan orang lain. Impian saya menjadi kenyataan dalam proses itu. Tanpa visi penaja saya, saya tidak akan mencapai semua yang saya miliki hari ini. Seperti kata pepatah, pilihan yang anda buat lebih penting daripada usaha yang anda lakukan.
Oleh itu, anda harus tahu apa yang anda benar-benar mahukan sebelum mula melakukan sesuatu. Jika anda melaburkan masa dan usaha, akhirnya anda akan melihat hasilnya. Tumpuan saya sekarang adalah membantu ahli-ahli pasukan mencapai matlamat mereka di samping menyasarkan untuk mencapai tahap penyemat yang lebih tinggi – Majlis Pengasas dalam masa 5 tahun lagi.
Menjalankan perniagaan Amway tidaklah sukar. Kebanyakan cabaran yang dihadapi ketika membina perniagaan Amway berkaitan dengan masalah peribadi yang boleh diselesaikan. Oleh itu, belajar dan memiliki kemahiran menyelesaikan masalah adalah kunci kejayaan. Bagi mereka yang memburu kejayaan, rahsianya adalah terus belajar dan mengulangi langkah asas. Rintangan dan cabaran yang anda hadapi akan menjadikan anda lebih kuat.
Air pancut yang indah dihasilkan apabila air bertekanan tinggi memancur keluar daripada paip. Dengan usaha berterusan, air pun boleh menembusi batu. Tanpa tekanan atau motivasi, hidup kita seperti kolam yang tenang dan potensi anda tidak akan dimanfaatkan sepenuhnya. Beri sedikit tekanan kepada diri anda dan anda akan mendapati yang anda boleh menjadi lebih baik daripada yang anda bayangkan.