Floating Icon
09 NOV 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 176 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Kristany Ubud & Kadmil Gungat

Intan Kristany Ubud & Kadmil Gungat

PENAMPANG | ALAUYAH MOHD ALI & NAZMI OSMAN

Pilihlah Untuk Menjadi Insan Yang Hebat Hari Ini



Terlebih dahulu kami sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah dipertemukan dengan insan yang memperkenalkan perniagaan yang cukup hebat ini iaitu penaja atasan kami Intan Eksekutif Pengasas Alauyah Mohd Ali & Nazmi Osman, Dua Intan Pengasas Shahrul Fahmee Abdullah & Mazliatul Mokhtar yang sentiasa memantau dan memberi motivasi serta mentor yang sangat kami hormati, kagumi dan sayangi iaitu ayahanda dan bonda Tiga Intan Abdullah & Mariam yang sentiasa mendoakan kami dari jauh. Terimakasih yang tidak terhingga kerana tanpa mereka, kami tidak akan kenal apa itu Amway dan sampai ke tahap ini.

"Kita tidak perlu menjadi insan yang hebat untuk bermula tetapi bermulalah untuk menjadi insan yang hebat!"

Pada Ogos 2017, saya menghadiri satu program masakan di Kota Kinabalu yang turut berkongsi tentang suplemen Nutrilite. Dari situ, kesedaran tentang pentingnya kesihatan mula timbul. Saya terus mendaftar sebagai ABO dan mula mengamalkan Nutrilite sebagai suplemen untuk seisi keluarga. 

Saya juga mula melihat potensi yang ada dalam perniagaan Amway ini. Saya mempelajari Pelan Penjualan & Pemasaran Amway dengan sungguh-sungguh dan mula berkongsi peluang yang hebat ini dengan orang lain.

Pada peringkat awal, cabaran memang terlalu banyak kerana kami berdua masih bekerja sepenuh masa. Pada masa yang sama, saya sedang mengikuti pengajian secara sambilan di sebuah universiti tempatan. Saya juga perlu membahagikan masa untuk mengurus anak dan rumahtangga. Ia bertambah sukar kerana pasangan saya masih mempunyai tanggapan negatif tentang Amway ketika itu. 

Memanglah penat dan mencabar tetapi saya sentiasa berpegang kepada pesanan mentor saya, “Cabaran adalah seperti angin. Kejayaan pula adalah seperti layang-layang, Semakin kuat angin bertiup, semakin tinggi layang-layang terbang.” Pada April 2021, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan Amway kami. 

Setelah menyertai Amway, saya menikmati banyak ganjaran termasuk bonus yang besar, membeli kereta baharu dan berpeluang mengikuti lawatan ke Langkawi, Sydney, Alaska, Istanbul dan Santorini yang dibiayai sepenuhnya. 

Selain menikmati kebebasan masa, saya juga berubah menjadi seorang yang lebih yakin dan sentiasa positif. Sejujurnya, saya gembira kerana dapat membantu orang lain memperbaiki taraf kehidupan mereka dengan berkongsi peluang yang Amway tawarkan dan juga sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh seluruh ahli keluarga saya.



Saya tidak mempunyai teknik tertentu dalam menjalankan perniagaan Amway kami. Saya hanya mengamalkan perkara asas dan mendengar kata ABO atasan saya yang selalu berpesan, “Untuk berjaya dan bertahan dalam perniagaan Amway, kita hendaklah sentiasa bersikap positif, bersemangat, rajin, fokus, sabar dan tabah berhadapan dengan cabaran.”

Akhir kata, saya akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai orang mengecapi kejayaan dan menikmati kehidupan yang lebih baik. Kita tidak perlu menjadi insan yang hebat untuk bermula tetapi bermulalah untuk menjadi insan yang hebat! Jumpa anda di puncak kejayaan!