Floating Icon
01 DEC 2022 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 325 LIHAT 18 BERKONGSI

Sebarkan Kemewahan dan Keberkatan Dengan Set Hadiah Tahun Baru Cina Vergold

Tahun Baru Cina adalah masa berkumpul untuk meraikan permulaan tahun qamari baharu bersama keluarga dan rakan-rakan. Tiada cara yang lebih baik untuk menyambut Tahun Baru Cina selain menikmati snek perayaan yang lazat dengan insan yang kita semua hargai dan sayangi.

Penggemar snek seronok menyaksikan bagaimana sajian tradisional kegemaran mereka diberikan kelainan tahun demi tahun. Ketika anda berkunjung dari satu rumah ke rumah seterusnya, tidak dapat diteka sajian lazat apa yang menanti anda di atas meja kopi atau di dalam hamper.

 

Hadiah edisi terhad yang unik

Untuk menjadikan Tahun Arnab istimewa, berikan kejutan kepada insan tersayang dengan menghadiahkan tawaran perayaan terhad Tahun Baru Cina pada tahun ini. Dari makadamia dan badam sehingga gajus dan kuinoa, tunjukkan kepada tuan rumah atau tetamu anda betapa pentingnya mereka kepada anda dengan snek unik yang diperbuat daripada bahan-bahan premium yang sihat.

 

Tersedia dalam dua variasi berbeza – Set Kemewahan Vergold dan Set Berkat Keemasan Vergold – setiap set hadiah edisi terhad yang istimewa ini mengandungi tiga snek lazat di dalam bekas yang dihiasi corak perayaan, yang pastinya menarik perhatian dan menambah kemeriahan perayaan.

 

Semoga anda dilimpahi Kemewahan & Berkat Keemasan

Raikan tahun yang baik dengan Set Kemewahan Vergold yang didatangkan dengan Gajus Panggang (250g), Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang (90g) dengan perisa krim masam yang mengujakan dan Biskut Cip Coklat Gajus Butterscotch (150g) yang pasti digemari semua!

 

Kebetulan pula, tahukah anda tahu bahawa gajus dianggap bertuah? Bentuknya seperti jongkong emas yang digunakan sebagai mata wang pada zaman dahulu, gajus biasanya dikaitkan dengan kekayaan – jadi jika anda ingin menambah kekayaan anda, makan lebih banyak gajus!

 

Kita juga boleh mengundang lebih banyak tuah dan kegembiraan pada Tahun Baru Cina ini dengan Set Berkat Keemasan Vergold yang terdiri daripada Campuran Kacang Panggang (250g) dengan makadamia, badam dan gajus untuk memberikan variasi, Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Berperisa Sriracha (90g) yang menambah sedikit rasa pedas dalam seleksi snek kami dan Biskut Marmalad Oren (150g) yang bertuah untuk memenuhi citarasa semua insan tersayang. 

 

Sama ada dengan ahli keluarga terdekat yang sering dikunjungi atau ingin merapatkan hubungan dengan saudara jauh, set hadiah Tahun Baru Cina Vergold tahun ini pastinya menjadi sajian snek yang menyeronokkan dan berkhasiat untuk semua.

 

Apa kata anda gandakan kegembiraan dengan membeli kedua-dua set supaya anda boleh memperkenalkan bukan tiga, tetapi enam perisa baharu yang unik kepada insan tersayang pada Tahun Baru Cina ini agar seisi rumah melompat kegembiraan. Cepat – tawaran perayaan terhad ini hanya tersedia selagi stok masih ada, jadi pastikan anda menangkap arnab ini sementara ada peluang! 

 

Beli set hadiah perayaan yang hebat ini dan banyak lagi di amway.my