Floating Icon
01 FEB 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1648 LIHAT 89 BERKONGSI

Nak Cara Mudah untuk Kempiskan Perut Buncit?

Apa itu Lesitin?

Lesitin merupakan sejenis zat lemak yang membantu memecahkan lemak yang terdapat dalam badan kita. Sumber lesitin selalunya daripada kacang soya atau juga boleh didapati daripada kuning telur.

Sources of lecithin include soy and egg yolk.jpg

Bagaimana lesitin dapat mengempiskan perut? dan sekali gus dapat mengurangkan berat badan? Apa kebaikan dan manfaat lesitin kepada tubuh badan kita? Lesitin membantu mengawal dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah bagi memastikan kesihatan kita terjaga.

Selain kolesterol, lesitin juga dapat membantu mengemulsi atau memecahkan lemak dan ianya sangat bagus diamalkan sebagai suplemen untuk menguruskan badan serta mengempiskan perut yang buncit. Untuk kesan yang lebih cepat, lakukan senaman juga.

Lesitin juga membantu melancarkan sistem penghadaman. Sekiranya anda mempunyai masalah penghadaman, amalkan pengambilan lesitin untuk membantu mengatasi masalah ini. Ini adalah antara kebaikan lesitin untuk kesihatan sistem penghadaman anda. Sistem penghadaman yang baik bukan sahaja dapat membantu mengawal berat badan, malah ia dapat mengelakkan kita daripada selalu mengalami sakit perut dan rasa yang tidak selesa seperti sembelit. Selain itu, sekiranya masalah penghadaman berlarutan, ianya boleh menyebabkan gastrik atau mudah kena kembung perut.


Apakah manfaat Vitamin E untuk kesihatan dan penjagaan kulit?

Lecithin E helps overcome skin issues such as scarring and acne.jpg

Vitamin E sangat popular untuk kesihatan dan kecantikan kulit kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Kulit berparut, berjerawat, kusam serta mempunyai cela dapat diatasi dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten. Boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Cuma, sekiranya diambil secara oral, kesihatan kulit dapat diatasi dari dalam kulit dan ianya lebih menyeluruh. Ia membantu melembapkan kulit dan memulihkan sel-sel kulit yang rosak. Vitamin E juga dapat membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah. Banyak lagi tentang khasiat Vitamin E yang anda boleh ketahui dengan melayari https://www.doctoroncall.com.my/soalan/kebaikan-vitamin-e .

Reduce your cholesterol levels to help reduce body fat.jpg



Mahu suplemen yang mengandungi Lesitin & Vitamin E? Cuba ambil Nutrilite.

Nutrilite Lecithin E.jpg

Nutrilite Lecithin-E didatangkan dalam tablet boleh kunyah. Sesuai untuk mereka yang tak suka atau susah nak telan ubat atau suplemen. Anda juga tak perlu untuk membeli dua suplemen yang berasingan untuk mendapat dan menikmati khasiat daripada kedua-duanya. Ianya juga mudah dibawa dan diambil di mana-mana sahaja. Dengan rasa yang sedap dan mengandungi bahan-bahan seperti molases, madu dan maple walnut, ianya pasti menjadi kegemaran anda untuk diamalkan sebagai suplemen kesihatan.

Untuk pembelian yang mudah, anda hanya perlu klik pautan ini Nutrilite Lecithin-E dan teruskan pembelian.