Floating Icon
15 MAR 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 234 LIHAT 14 BERKONGSI

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

  • 18 bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci inci halia
  • 4 serai, dihiris
  • 2 inci lengkuas, dihiris
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar pes cili
  • 2 sudu kecil jintan manis, disangai
  • 2 sudu kecil jintan putih, disangai
  • 1 sudu kecil biji ketumbar, disangai
  • 3 sudu besar serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 1 ekor ayam, dipotong 8
  • 1 ½ sudu kecil garam

Cara:

  1. Pasangkan unit bilah pada Pemproses Makanan HR7776 Philips.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup ke dalam balang.
  3. Cincangkan perencah selama 10 saat. Tuangkan bahan-bahan kisaran serta pes cili pada ayam dan ramaskannya.
  4. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, biji ketumbar ke dalam bekas pengisar kering dan kisarkan selama 5 saat.
  5. Taburkan bahan yang dikisar dan garam pada ayam dan sapukannya rata-rata.
  6. Kemudian sendukkan 3 sudu rata serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite pada ayam dan biarkan perap bertutup selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  7. Panaskan Airfryer HD9741 Philips ke suhu 200°C.
  8. Letakkan 4 ketul ayam ke dalam bakul Airfryer dan gorengkannya selama 6 minit. Kemudian turunkan suhu ke 160°C dan goreng lagi selama 7 minit lagi. Untuk merangupkan lagi, naikkan suhu balik ke 200°C selama 2 minit.