Hakikatnya, apa yang masuk akhirnya akan keluar. Memandangkan tubuh kita pada asasnya adalah satu mesin pemprosesan yang besar untuk semua makanan yang kita makan, mudah untuk melihat hubungan antara warna tinja dengan kesihatan pencernaan kita.
Tetapi sebelum kita mula menganalisis warna tinja dan hubungannya dengan sistem pencernaan kita, mari kita tentukan dahulu warna tinja yang normal.
Semua rona coklat dianggap normal untuk tinja anda.
Tetapi dari semasa ke semasa, hasil buangan agak berwarna-warni.
Kadangkala anda melihat tinja hijau di dalam mangkuk tandas anda. Ini mungkin agak membimbangkan, tetapi jika diet anda terdiri daripada bayam, kubis daun serta makanan dan sayur-sayuran hijau yang lain, kejadian ini adalah fenomena biasa dan anda harus menerima ucapan tahniah kerana mengamalkan diet yang sihat.
Walau bagaimanapun, jika diet anda biasanya tidak mengandungi sayur-sayuran hijau tersebut, tinja hijau ialah petanda mungkin terlalu banyak hempedu yang dirembeskan daripada sel hati anda atau dalam kes cirit-birit hijau, mungkin makanan anda bergerak melalui usus terlalu cepat, jadi pigmen hempedu tidak sempat bertukar menjadi coklat.
Mungkin ada masa-masanya tinja anda kelihatan berwarna kuning atau keemasan. Ini bukan tanda kekayaan, sebaliknya ia bermakna tinja anda mengandungi terlalu banyak lemak. Ini mungkin disebabkan oleh masalah penyerapan lemak atau petanda bahawa tubuh mengalami kesukaran menghasilkan enzim atau hempedu.
Mengalami tinja kuning sekali-sekala bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Tetapi jika hal ini berlarutan lebih daripada 2 minggu, berjumpa doktor harus menjadi keutamaan anda.
Tinja hitam pastinya kelihatan mencurigakan terutamanya kerana rupanya seperti tar. Melainkan diet anda mengandungi banyak suplemen zat besi, likuoris hitam atau ubat bismut, tinja hitam adalah petanda kuat bahawa mungkin berlaku pendarahan gastrousus di dalam sistem pencernaan anda, yang pastinya harus didiagnosis oleh doktor klinikal anda.
Sudah tentu! Kami juga ada contoh tinja yang lebih jarang dialami, iaitu tinja putih dan merah. Jika tinja anda berwarna putih, ini bukan bermakna anda mempunyai sistem pencernaan yang benar-benar bersih.
Sebaliknya, anda mungkin mengalami masalah hati atau pundi hempedu kerana hal ini berpunca daripada kekurangan hempedu. Sesetengah ubat cirit-birit juga boleh menyebabkan tinja berwarna putih. Jadi, jika hal ini berterusan, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Yang paling menakutkan, tinja berwarna merah mungkin disebabkan oleh pendarahan gastrousus bawah kerana sedikit darah dalam tinja mungkin petanda buasir. Walaupun terdapat makanan seperti bit, beri merah atau jus tomato yang menjadikan tinja seseorang berwarna merah, tinja anda akan menjadi coklat semula dengan cepat setelah melalui saluran pencernaan. Jadi sekali lagi, jika ia berterusan, aturkan pemeriksaan dengan doktor anda.
Walaupun bercakap tentang tinja mungkin lucu, warna tinja yang tidak normal adalah perkara yang serius dan harus dipantau dengan teliti. Walaupun kita tahu bahawa terdapat makanan tertentu yang boleh mengubah rona dan warna tinja, kita masih perlu memberikan perhatian dan berhadapan dengan tinja kita untuk mengukur keadaan sistem pencernaan kita supaya kita boleh meneruskan kehidupan.
Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini memecahkan halangan pengurusan berat badan anda dengan membantu set semula dan menyeimbangkan semula mekanisme semula jadi tubuh, membina tabiat positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih ceria.
Berikut ialah apa yang anda bakal peroleh daripada program ini: