Floating Icon
18 JUN 2021 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 544 LIHAT 48 BERKONGSI

Resipi Shellout Makanan Laut dengan Periuk Tekanan Noxxa


Makanan Laut Shellout

Sama ada dieja 'shellout' atau 'shell out', kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang sama – hamparan makanan laut yang enak dijamah menggunakan tangan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Shellout pada dasarnya merujuk kepada beberapa hidupan krustasia di yang semuanya dimasak bersama di dalam periuk dengan kombinasi rasa yang hebat pasti membuatkan tetamu anda terliur. Dalam resipi ini yang menggunakan Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker, anda memerlukan beberapa jenis makanan laut dan juga sayur-sayuran.

Throw a seafood shellout dinner for loved ones.jpg

Sebaik sahaja hidangan ini siap, ia paling bagus dihidangkan di atas daun pisang atau pinggan yang besar yang membolehkan ramai orang makan dari daun atau pinggan yang sama. Tidak perlu sudu mahupun garpu, hanya gunakan tangan anda untuk mengeluarkan isi dari cangkerangnya.

Tip: Untuk tujuan kebersihan, seseorang itu boleh memilih untuk menyediakan hidangan ini kepada setiap orang secara berasingan. Sekiranya alah kepada makanan laut atau ada masalah kesihatan, bahan-bahannya boleh digantikan dengan ayam dan/atau kambing.


Prep your seafood ingredients for the shellout recipe.jpg

Bahan-bahan utama

  • 2 ekor Ketam bersaiz sederhana
  • 20 ekor Udang bersaiz sederhana
  • 5 ekor Sotong (dipotong cincin)
  • 400g Kima
  • 400g Kekapis separuh cangkerang
  • 1 biji Brokoli (dipotong kecil)
  • 2 btg Jagung manis (dipotong 3)
  • 1 btg Lobak merah (dihiris bulat)

Bahan-bahan untuk ditumis

  • 2 sb Mentega
  • 4 sb Minyak
  • 5 tangkai Daun kari
  • 6-8 ulas Bawang putih (dicincang halus)
  • 6-8 biji Bawang merah (dicincang halus)
  • 3 btg Serai (dititik)
  • 1 inci Halia (dihiris halus)

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 50g Udang kering (direndam)
  • 15 tangkai Cili kering (direndam)
  • 15-20 ulas Bawang putih
  • 20 biji Bawang merah
  • 2 biji Bawang besar
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Belacan

Bahan perasa

  • 2 sb Serbuk kari ikan
  • 2 sb Sos tiram
  • 2 sb Sos ikan
  • 1 sk Serbuk lada hitam
  • 2 sk Serbuk pati ayam
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam periuk dalaman Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik yang berisi air separuh. Didihkannya menggunakan fungsi STEAM tanpa penutup dan rebus brokoli, jagung dan lobak merah. Keluarkan dan ketepikan.
  2. Masukkan kesemua makanan laut ke dalam air yang mendidih selama 5 minit, kemudian keluarkan dan ketepikan.
  3. Kosongkan periuk dalaman dan panaskan mentega dan minyak menggunakan fungsi STIR FRY pada suhu 160°C.
  4. Masukkan bahan-bahan untuk ditumis dan goreng sehingga garing.
  5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian, masukkan bahan perasa, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga menggelegak.
  7. Masukkan semua makanan laut dan gaul perlahan-lahan supaya periuk tidak tercalar. Masukkan 1 cawan air.
  8. Tutup penutup dan pusingkan tombol pengawal tekanan ke arah PRESSURE. Pilih fungsi LOW PRESSURE selama 3 minit.
  9. Hidangkan dengan nasi atau roti bersama brokoli, lobak merah, dan jagung.

Jagalah Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa anda. Ketahui tip pembersihan yang berguna di sini: https://amwaynow.my/ms/articles/when-do-you-service-your-noxxa-pressure-cooker