Floating Icon
17 MAR 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 209 LIHAT 10 BERKONGSI

Sambal Goreng Raya

Bahan-bahan:

Untuk ditumis

  • 15 ulas bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cili merah
  • 2 cili hijau
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 6 batang serai, dititik
  • ½ cawan udang kering, direndam dalam air panas dan ditus
  • 50gm cili kering, digunting serong dan nipis
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit

Untuk direbus dan dipotong dadu

  • 180gms paru
  • ½ kg hati
  • 200gms jantung
  • 200gms babat
  • ½ kg daging
  • 2 cawan air

Untuk digoreng

  • ¼ cawan gula melaka
  • 2 cawan dibancuh bersama 3 sudu besar serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 3 ketul tauhu, dipotong dadu
  • 1 keping tempe, dipotong dadu
  • 200gm udang, dibersihkan
  • 15 tangkai kacang panjang, dihiris nipis serong
  • 2 keping tauhu kering, direndam air dan dipotong
  • ½ ikat suhun, direndam dan dipotong
  • 3 sudu kecil garam
  • ½ cawan minyak masak

Cara:

  1. Pasangkan aksesori cakera racik helai pada Pemproses Makanan HR7776 Philips.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau melalui corong dan tolakkan masuk dengan menggunakan penolak makanan.
  3. Tukarkan aksesori kepada cakera pemayang nipis. Kemudian mayangkan halia melalui corong dan tolakkannya dengan menggunakan penolak makanan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris serta halia yang dimayang tadi sehingga layu.
  5. Pasangkan unit bilah pada Pemproses Makanan dan cincangkan udang kering yang direndam dan telah ditos.
  6. Masukkan cili kering kepada bahan tumisan. Kemudian masukkan udang kering yang dicincang.
  7. Taburkan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  8. Letakkan lengkuas dan serai di dalam kuali. Kecilkan api.
  9. Panaskan Airfryer HD9741 Philips pada kepanasan 180°C. Airfry paru, hati, perut, jantung dan daging berasingan selama 4 minit setiap kali.
  10. Kemudian airfrykan tempe dan tauhu di dalam air fryer selama 5 minit pada kepanasan 190°C.
  11. Masukkan kesemua bahan-bahan gorengan ke dalam kuali dan gaul sama rata.
  12. Sambil menggoreng kesemua bahan-bahan gorengan, tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam kuali setiap kali sambal goreng mengering.
  13. Tuangkan Minuman Protein Soya Nutrilite pada bahan-bahan di dalam kuali.
  14. Perasakan dengan gula melaka dan garam.
  15. Apabila mendidih, tuangkan jus asam jawa ke dalam kuali.
  16. Masukkan tauhu kering dan su-un yang direndam dan ditos.
  17. Akhir sekali masukkan udang basah dan kacang panjang dan gaul sehingga masak sepenuhnya.
  18. Hidangkan bersama ketupat atau lemang.