Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 267 LIHAT 4 BERKONGSI

Penkek Kacang Merah


BAHAN-BAHAN

  • 280g air
  • 2 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 2 biji telur gred A
  • 125g tepung gandum
  • 300g pes kacang merah

KAEDAH

  1. Campurkan air, Minuman Protein Soya Nutrilite, telur dan tepung untuk membuat adunan penkek. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  2. Bahagikan pes kacang merah menjadi 50g setiap satu dan letakkan di atas pembungkus plastik. Bentukkan pes menjadi segi empat tepat.
  3. Panaskan kuali tak melekat dan tuang satu senduk adunan ke dalam kuali untuk membuat penkek. Setelah masak, letakkan pes kacang merah di atas penkek. Kemudian lipat penkek seperti sampul surat.
  4. Goreng kedua-dua belah penkek dengan sedikit minyak sehingga perang keemasan.
  5. Ulangi proses sehingga adunan dan pes kacang merah habis.