Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 258 LIHAT 3 BERKONGSI

Lepat Pisang Protein


BAHAN-BAHAN

  • 300g pisang dikupas
  • 1 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 60g kelapa parut
  • 1 sb madu
  • 1 sb gula kastor
  • 50g tepung gandum
  • Daun pisang – potong segi empat sama 8”
  • Daun pandan – dipotong panjang 1”

KAEDAH

  1. Campurkan semua bahan di dalam pemproses makanan.
  2. Cedok 2 sudu campuran ke atas daun pisang. Kemudian, letakkan daun pandan di atas campuran dan lipat daun pisang dengan kemas.
  3. Susun di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 20 minit.
  4. Angkat dan biarkan sejuk sebelum menghidang.

Petua: Lembutkan daun pisang dengan melayur di atas api kecil supaya lebih mudah dilipat.