Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 203 LIHAT 9 BERKONGSI

Kaya Protein


BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur gred A
  • 1 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 100g gula
  • 2 sb gula
  • 200g santan
  • 1 daun pandan, disimpul
  • 1 sb mentega

KAEDAH

  1. Campurkan Minuman Protein Soya Nutrilite dan 100g gula sebelum menambah telur dan santan. Kacau sehingga bahan-bahan benar-benar sebati.
  2. Seterusnya, di dalam periuk, panaskan 2 sudu besar gula sehingga menjadi karamel.
  3. Tapis campuran ke dalam periuk dan masukkan daun pandan.
  4. Masak dengan api kecil dan sentiasa kacau dengan pemukul sehingga campuran pekat.
  5. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
  6. Tuangkan ke dalam bekas, tutup dan biarkan sejuk.
  7. Simpan di dalam peti sejuk.

Sangat sesuai dimakan dengan pastri dan roti bakar atau hidangkan mengikut kesukaan anda.