Floating Icon
02 NOV 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 2400 LIHAT 48 BERKONGSI

Simptom dan langkah mencegah sakit buah pinggang

Nampak sihat tetapi tidak siapa tahu tahap kesihatan buah pinggang kita sekiranya kita tidak pernah ambil cakna tentang simptom awal sakit buah pinggang, cara mencegahnya dan tidak mengamalkan pemakanan yang boleh mencegah daripada menghidapi sakit buah pinggang.


Apakah simptom sakit buah pinggang?

Mungkin kita tidak sedar rupanya kita pernah mengalami simptom tersebut. Adakah kita ambil mudah atau kita terus rujuk doktor bertauliah untuk pemeriksaan? Mari kita lihat apa itu simptom ringan sakit buah pinggang.


1. Sakit pada bahagian pinggang dan belakang yang teruk

    Intense pain at and around the waist.jpg

    Sekiranya anda mengalami rasa sakit yang seperti mencucuk pada bahagian pinggang dan belakang, jangan ambil mudah. Ada 2 sebab anda mengalami rasa sakit sebegini, sama ada ia ‘urinary tract infection’ (URT) yang juga dikenali sebagai kencing kotor, atau anda mungkin mengalami simptom sakit buah pinggang.


    2. Kerap bangun kencing pada tengah malam

      Selama ini anda tidur nyenyak pada waktu malam. Tiba-tiba, selama beberapa hari atau minggu anda mula kerap terbangun dan rasa hendak kencing pada waktu malam. Kalau tempoh ini berlarutan terlalu lama, pastikan anda buat pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah.


      3. Kencing berdarah

        Blood in urine.jpg

        Ini merupakan tanda yang agak serius. Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, jangan bertangguh lagi untuk buat pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan kesihatan buah pinggang anda. Sekiranya terdapat tanda-tanda sakit buah pinggang, doktor dapat membantu untuk memberikan rawatan awal dan mencegah daripada menjadi semakin serius.


        Bagaimanakah kita boleh mencegah daripada mengalami sakit buah pinggang?

        Kami kongsikan 4 langkah dan cara yang boleh membantu mencegah sakit buah pinggang dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.


        Drink plenty of water.jpg

        Kalau rasa dahaga, pastikan kita terus minum air. Jangan biar sehingga badan rasa ternyahhidrat kerana ia boleh menyebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air.

        Jangan minum air berlebihan. Pernah dengar ‘Water intoxication’ ? Ia bermaksud minum air masak secara berlebihan. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kerana terpaksa ‘bekerja’ secara berlebihan. Mengikut pengamal perubatan dan doktor yang bertauliah, pengambilan air masak hanya perlu apabila kita merasa dahaga. Jangan terlalu memaksa diri meminum air terlalu banyak sehingga memudaratkan. Jangan ambil lebih daripada 5 liter sehari.


          Limit sugary food.jpg

          Kurangkan makanan dan minuman bergula. Rata-rata kita sudah tahu tentang keburukan minuman atau makanan manis. Kalau sesekali tidak mengapa. Tetapi jangan jadikan ia tabiat dan mengambil secara berlebihan.

          Kawal pengambilan makanan yang mengandungi pewarna atau perasa tiruan yang berlebihan kerana ia boleh membahayakan kesihatan. Pastikan makanan untuk pesakit buah pinggang tidak mengandungi kedua-dua bahan ini.


            3 corak pemakanan yang disarankan untuk memastikan kesihatan buah pinggang kita dalam keadaan yang baik dan sihat sentiasa

            Pengambilan makanan yang sihat dan semula jadi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin, mineral dan zat yang lengkap diperlukan oleh tubuh badan kita.

            Mengambil makanan yang kurang garam adalah antara amalan pemakanan yang baik. Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin seperti makanan segera, makanan ringan dan sebagainya.

            Bagi mereka yang tidak makan sayur-sayuran, bolehlah mengambil suplemen untuk mengisi jurang pemakanan. Anda juga boleh mengamalkan suplemen daripada Nutrilite yang dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Nutrilite mempunyai pelbagai jenis suplemen yang bersesuaian mengikut keperluan tubuh badan anda. Anda boleh layari laman web untuk pembelian dan info lanjut mengenai Nutrilite melalui pautan ini https://www.amway.my/category-landing-page/health