Floating Icon
09 NOV 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 6 MINIT BACA 497 LIHAT 24 BERKONGSI

Panduan Sebelum & Selepas Bersenam

If youJika anda serius tentang kecergasan, kami tahu anda sudah bersedia untuk memaksimumkan senaman anda dan mencapai matlamat baharu. Jadi, jika anda sedang mencari kelebihan tambahan untuk membawa senaman anda ke peringkat seterusnya, suplemen sebelum dan selepas bersenam mungkin penyelesaiannya. Mengapa?

Suplemen sebelum bersenam boleh memberi anda rangsangan tenaga pada awal pagi atau motivasi selepas bekerja untuk pergi ke gim. Produk ini biasanya mengandungi jumlah kafein yang sederhana untuk membantu mengelakkan keletihan dan memastikan anda sentiasa bertenaga sepanjang senaman.

Suplemen selepas bersenam boleh membantu dalam pemulihan pantas selepas sesi latihan keras, apalagi anda sudah mengaturkan satu lagi sesi latihan pada hari esok. Biasanya ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu membaiki otot dan membantu anda pulih sebelum senaman seterusnya.

Kebaikan suplemen sebelum bersenam

Perlukan lonjakan tenaga? Suplemen sebelum bersenam direka untuk membantu mencapai matlamat itu, walaupun ia juga mungkin menyokong prestasi olahraga. Kebanyakannya mengandungi bahan-bahan yang apabila digandingkan, boleh memberikan tenaga dan ketahanan tambahan. Inilah yang anda harus cari…

Karbohidrat

Dari nasi perang sehingga pasta dan buah-buahan, karbohidrat yang sihat boleh memberikan manfaat kepada badan anda. Karbohidrat tersimpan (glikogen) ialah sumber tenaga badan semasa bersenam. Ini berlaku terutamanya untuk senaman lebih daripada satu jam atau aktiviti berintensiti tinggi seperti berbasikal di dalam bangunan dan angkat berat. Mengambil suplemen sebelum bersenam bersama-sama karbohidrat membantu membekalkan badan anda tenaga yang mencukupi untuk bertahan sepanjang senaman.

Vitamin B

Walaupun terdapat lapan vitamin B yang berbeza, yang paling biasa didapati dalam suplemen sebelum bersenam ialah B6 dan B12. Ia memainkan peranan dalam metabolisme dan tenaga serta boleh menukar makanan (terutamanya lemak dan protein) kepada tenaga (juga dikenali sebagai glukosa).

Ekstrak Oren Darah Moro

Diperoleh daripada jenis sitrus yang paling berpigmen, penyelidikan telah membuktikan bahawa Ekstrak Oren Darah Moro boleh menguruskan berat badan dengan berkesan dan mencegah obesiti1.

Isomaltulosa

Biasanya ditambah kepada produk pemakanan sukan untuk bekalan tenaga yang stabil, Isomaltulosa membakar lemak2 dan merangsang prestasi dan daya tahan senaman3.

L-Glutamina

Sangat bermanfaat dari segi pemakanan sukan, L-Glutamina menggalakkan metabolisme tenaga serta kekuatan dan pemulihan otot4.

Manfaat suplemen selepas bersenam

Anda mengambil suplemen sebelum bersenam anda dan berjaya melakukannya. Sekarang apa pula? Masa untuk menyokong pemulihan otot dengan suplemen selepas bersenam. Kebanyakan produk mengandungi campuran bahan-bahan; inilah yang kami cadangkan…

Asid amino rantai bercabang

Asid amino tak perlu ialah protein yang dihasilkan oleh badan anda secara semula jadi. Asid amino rantai bercabang ialah jenis yang mesti diterima oleh badan melalui diet dan merupakan gabungan tiga asid amino perlu: valina, leusina dan isoleusina. Badan kita menggunakan protein ini untuk membantu mencerna makanan, membaiki tisu badan dan menggalakkan pertumbuhan. Itulah sebabnya ia sangat membantu untuk pemulihan terutamanya selepas senaman intensif.

Masa untuk semarakkan semangat untuk dirimu yang lebih baik

Dengan Ekstrak Oren Darah Moro terpaten dari Sicily, Itali serta Isomaltulosa dan L-Glutamina, XS IGNITE akan merangsang prestasi senaman, menyerlahkan badan ideal, mengurangkan pengumpulan lemak dan merangsang proses pembakaran lemak semula jadi.

Pacu senaman anda dengan minuman tenaga

Minuman Tenaga XS memberikan anda rangsangan tenaga XStra daripada gabungan buah-buahan semula jadi dan perisa lazat yang lain serta vitamin B yang mentenagakan badan anda. Jadilah perintis dengan Minuman Tenaga XS, jenama minuman tenaga tanpa gula eksklusif yang pertama dijual di seluruh dunia* (Sumber:https://www.euromonitor.com/amway-claims).

Sedikit protein wei sangat membantu

Untuk pemulihan yang lebih sihat dan kuat selepas bersenam, sokong diet anda dengan XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour. Ia membantu menggalakkan pemulihan otot dan membina otot, hasil daripada campuran asid amino rantai bercabang (BCAA), serbuk biji chia, serbuk spirulina dan 30g protein dalam setiap hidangan.

Masa terbaik untuk mengambil protein wei ialah dalam masa 2 jam selepas aktiviti atau senaman. Kajian menunjukkan bahawa ini adalah tempoh masa penyerapan protein pada tahap tertinggi dan sangat sesuai untuk pembaikan otot yang sempurna (Baca ini untuk maklumat lanjut).

Bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya latihan anda? Ambil suplemen sebelum dan selepas bersenam untuk memberi badan anda rangsangan tenaga dan sokongan pemulihan yang diperlukannya.

Terokai Amway.my untuk lebih banyak produk yang membantu anda menjalani gaya hidup sihat!

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Hasil mungkin berbeza-beza bergantung kepada pengambilan, senaman dan diet individu.

Rujukan

  1. www.morosil.bionap.com
  2. Briskey D, Malfa GA, Rao A. Effectiveness of “Moro” Blood Orange Citrus sinensis Osbeck (Rutaceae) Standardized Extract on Weight Loss in Overweight but Otherwise Healthy Men and Women-A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Study. Nutrients. 2022 Jan 18;14(3):427. doi: 10.3390/nu14030427. PMID: 35276783; PMCID: PMC8838101.
  3. https://isomaltulose.org/energy-sports-nutrition/sports-athletes/
  4. Legault Z, Bagnall N, Kimmerly DS. The Influence of Oral L-Glutamine Supplementation on Muscle Strength Recovery and Soreness Following Unilateral Knee Extension Eccentric Exercise. Int J Sport Nutr Exerc Metab. 2015 Oct;25(5):417-26. doi: 10.1123/ijsnem.2014-0209. Epub 2015 Mar 26. PMID: 25811544