Floating Icon
18 JUN 2022 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 401 LIHAT 31 BERKONGSI

Berseronoklah Dengan Pembuat Mi Noxxa

Kami menyukai peralatan dapur kami yang serba boleh ini – ia membantu kami menjimatkan banyak masa, wang, usaha dan ruang! Ambil Pembuat Mi Noxxa sebagai contoh.

Selain mi dan pasta berkhasiat yang dibuat dengan bahan-bahan semula jadi dan tanpa sebarang pengawet, pewarna atau perisa tiruan, ia juga membolehkan anda membuat pencuci mulut yang enak. Bayangkan menikmati tart dan biskut yang lebih sihat dengan kurang gula dan tanpa bahan tambahan – alangkah seronoknya!

Bersedia untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh Pembuat Mi Noxxa anda? Cubalah resipi mudah ini!


Mi Bandung

Noxxa Noodle Maker recipes: Mee Bandung

Resipi Mi:

200g tepung gandum

200g tepung protein tinggi

140ml: air + 1 telur + 1/2 sudu kecil minyak masak + 1/2 sudu kecil garam

  1. Masukkan semua tepung ke dalam cawan penggaul Pembuat Mi Noxxa dan tutup penutup.
  2. Tekan butang 'Auto/Stop'. Masukkan cecair ke dalam cawan penggaul dari lubang penutup.
  3. Mi akan keluar secara automatik.
  4. Rebus mi dan ketepikan.


Bahan-bahan tumbuk kasar:

2 sudu besar udang kering

1-2 biji bawang merah kecil

3 ulas bawang putih

Bahan-bahan tumbuk kasar:

2 sudu besar udang kering

1-2 biji bawang merah kecil

3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

Sedikit minyak

8-10 ekor udang

2-3 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

100g isi ayam (dihiris nipis)

Sedikit serbuk lada sulah

1 liter air

1 ikat sayur sawi (dipotong dan asingkan batang dan daun)

½ batang lobak merah (dihiris)

½ ketul kiub ayam (pilihan)

1 biji tomato (dihiris)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

1 sudu besar tepung jagung + sedikit air

4 biji cili padi

4 biji telur

Bahan-bahan hiasan:

Bawang goreng

2 ketul tauhu goreng (dihiris)

1 tangkai daun bawang (dihiris)

Cili merah (dihiris)

Limau nipis (dipotong kepingan)



Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dalaman Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa menggunakan fungsi Stir Fry (Tumis) dan goreng udang sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk kasar sehingga wangi dan berwarna keperangan. 
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 5 minit.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah. Tumis sehingga isi ayam masak.
  5. Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan didihkan kuah sebentar. 
  6. Masukkan kiub ayam, hirisan tomato, udang, garam dan gula secukup rasa.
  7. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan air ke dalam kuah secara perlahan-lahan. 
  8. Masukkan cili padi, telur dan daun sawi. Biar mendidih. 
  9. Hidangkan bersama mi yang siap direbus dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, daun bawang, cili merah serta limau nipis.

 


Pasta Sosej

Noxxa Noodle Maker recipes: Sausage Pasta

Resipi pasta:

200g tepung gandum

200g tepung protein tinggi

140ml: air +1 telur + 1/2 sudu kecil minyak masak + 1/2 sudu kecil garam

  1. Masukkan semua tepung ke dalam bekas pembuat mi, tutup penutup.

  2. Tekan butang 'Auto/Stop'. Masukkan cecair ke dalam bekas pembuat mi dari lubang penutup.

  3. Pasta akan keluar secara automatik.

  4. Rebus pasta dan ketepikan.


Resipi Pasta Sosej:

6 sosej

300g isi ayam

2 cawan krim

2 cawan pasli Inggeris

4 sudu besar mentega

6 ulas bawang putih

2 cawan keju mozzarella

200g pasta

Garam dan serbuk lada putih secukup rasa


Kaedah:
  1. Panaskan periuk dalaman Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dengan fungsi 'Stir Fry' dan masukkan mentega.

  2. Campur sebati dengan pasta yang sudah direbus tadi dan hidangkan.

  3. Tambah pasli Inggeris. Biar sos mendidih.

  4. Masukkan keju mozzarella dan krim.

  5. Tambah sosej dan tumis sehingga masak.

  6. Tambah isi ayam dan tumis.

  7. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga warna kekuningan.



Tart Cadbury

Noxxa Noodle Maker recipes: Cadbury Tart

Resipi pastri:

250g mentega (dilembutkan)

70g gula halus

370g tepung gandum

50g tepung jagung

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla

Inti:

Coklat Cadbury

Bahan untuk glaze:

2 biji kuning telur + 2 sudu kecil air


Cara:
  1. Pilih acuan Cookie dan pasang pada Pembuat Mi Noxxa.
  2. Masukkan semua bahan kecuali inti ke dalam cawan penggaul dan tutup penutup.
  3. Tekan butang “Auto/Stop”. Pastri akan keluar secara automatik. Potong pastri menjadi 8cm panjang.
  4. Balutkan coklat Cadbury dengan pastri yang telah dipotong dan letak di atas dulang pembakar.
  5. Sapukan campuran kuning telur dan air pada permukaan pastri.
  6. Bakar pada suhu 175°C selama 15 minit di dalam Oven Pembuat Roti Noxxa yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Nantikan lebih banyak resipi akan datang di AmwayNow!