Floating Icon
27 OCT 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 776 LIHAT 33 BERKONGSI

Nutrilite, XS, BodyKey – Bukankah Semua Serbuk Protein Sama?

Nutrilite_XS_BodyKey–Aren’t_All_Protein_Powders_The_Same.jpg

Tauhu, ayam, daging lembu, ikan, lentil – apakah kesamaan makanan ini? Semuanya sumber protein yang lazat!

Protein ialah nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan kuat. Anda boleh memenuhi keperluan protein melalui diet tetapi ia memerlukan perancangan dan persediaan yang teliti kerana tidak semua sumber protein diet dihasilkan sama.

Tofu_and_lentils_as_sources_of_protein.jpg

Tauhu dan lentil sumber protein yang baik tetapi ia perlu dimakan dalam jumlah besar. Sebaliknya, ayam, daging lembu dan daging lain mengandungi protein yang lebih tinggi tetapi makan terlalu banyak protein ini setiap hari mungkin tidak bermanfaat untuk kesihatan anda kerana ia mengandungi kolesterol.

Eating_meats_daily_may_not_be_beneficial_to_your_health.jpg

Jadi, bagaimana anda boleh memastikan yang anda memenuhi keperluan protein setiap hari, tidak kira apa yang anda makan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam?

Jadi di sinilah peranan serbuk protein.


Bukankah Serbuk Protein Untuk Atlet dan Ahli Bina Badan?

Tidak sama sekali. Serbuk protein bagus untuk orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari kanak-kanak, dewasa muda sehingga warga tua yang menikmati tahun keemasan mereka.

Protein_is_an_essential_nutrient_for_the_whole_family.jpg

Protein nutrien yang penting untuk tubuh, tidak kira usia anda. Sama seperti asas yang kuat untuk menyokong sebuah rumah, protein ialah blok binaan tubuh. Ia diperlukan untuk menghasilkan tisu pengganti baru dan membantu rambut, kuku, otot, tisu dan tulang berkembang kuat dan sihat. Tanpa protein yang mencukupi, tubuh mulai lemah, sama seperti rumah tanpa asas yang kukuh boleh runtuh.

Selain itu, sesetengah protein perlu tidak dihasilkan oleh tubuh, jadi ia mesti diperoleh daripada diet atau ditambah setiap hari dengan sumber alternatif seperti serbuk protein.

Serbuk protein membantu anda mengisi jurang protein dalam keperluan harian dengan membekalkan protein lengkap dalam minuman yang mudah diambil atau jika anda kreatif, boleh ditambah dalam reroti dan sajian yang dimasak.


Tidak Pasti Serbuk Protein Yang Terbaik Untuk Anda? Ikuti Panduan Pantas & Mudah Ini!


Nutrilite_Soy_Protein_Drink.jpg

Terbaik untuk Protein Harian: Minuman Protein Soya Nutrilite

  • Jumlah protein setiap hidangan: 8g protein (10g dalam perisa Coklat)
  • Bila hendak diambil: Bila-bila masa sepanjang hari

Nutrilite_Soy_Protein_Drink_Comparison_Table_(BM).jpg

Tenagakan hari anda dengan segelas Minuman Protein Soya Nutrilite dan dapatkan manfaat adunan tiga protein yang diperoleh daripada gandum, soya dan pis yang unik. Dengan rumusan mesra vegetarian, bebas laktosa, rendah lemak dan bebas kolesterol, 8g protein (10g dalam perisa Coklat) setiap hidangan, Minuman Protein Soya Nutrilite sangat berkuasa!

Setiap hidangan membekalkan semua sembilan asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh dan rumusannya mempunyai Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein satu (PDCAAS = 1) – ini bermaksud protein dan asid amino tersebut berkualiti tinggi dan ia mudah dicerna tubuh. Tambahan pula, ia didatangkan dalam 4 perisa hebat: Asli, Coklat, Teh Hijau dan Beri Campuran!


XS_Mixed_Whey_Protein_with_Chocolate_Flavour.jpg

Terbaik untuk Minuman Kocak Selepas Bersenam: Protein Wei Campuran dengan Perisa Coklat XS

  • Jumlah protein setiap hidangan: 30g protein
  • Bila hendak diambil: Selepas anda bersenam

Apabila anda bersenam, anda memerlukan tambahan protein selepas bersenam untuk membantu otot anda cepat pulih – di sinilah peranan Minuman Kocak Protein Wei Campuran XS.

Dengan 30g protein setiap hidangan, Protein Wei Campuran XS dirumus khusus dengan asid amino rantai bercabang untuk menyokong gaya hidup aktif kerana ia membantu menambah baik sintesis protein otot dan menggalakkan pertumbuhan jisim otot tanpa lemak.

Walaupun rumusannya tidak bebas laktosa (ia mengandungi protein wei), ia mengandungi bahan lain seperti serbuk biji chia dan spirulina yang memberikan manfaat antioksidan dan Omega-3.


Advanced_BodyKey_Meal_Replacement_Shake.jpg

Terbaik untuk pengurusan berat badan: Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey

  • Jumlah protein setiap hidangan: 17g apabila dicampur dengan air
  • Bila hendak diambil: Ganti 1-2 sajian sehari dengan minuman kocak ini

Lebih enak, lebih berkrim, lebih berkhasiat dan lebih rendah kalori – inilah Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey Dipertingkat yang baru! Dengan rumusan yang kaya dengan nutrien, minuman kocak yang halal, bebas gluten dan mesra vegetarian ini dibuat daripada protein soya bukan GMO dan biji chia putih supaya anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rasa lapar tanpa perlu risau tentang kalori.

Walaupun Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey Dipertingkat tidak digalakkan sebagai suplemen protein, ia membekalkan nutrisi seimbang dengan lebih daripada 20 vitamin dan mineral termasuk 17g protein!

Perlu diingat bahawa tujuan utama Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey Dipertingkat adalah membantu pengurusan berat badan, bukan memenuhi keperluan protein. Jadi, ganti 1 – 2 sajian setiap sehari dengan Minuman Kocak Pengganti Sajian untuk mengawal jumlah kalori tanpa kehilangan nutrien yang anda perlukan sepanjang hari.

Tersedia dalam perisa Beri, Coklat dan Café Latte, Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey Dipertingkat mengandungi lemak trans sifar dan juga bebas daripada perisa tiruan, pewarna, pemanis atau pengawet.


Bolehkah saya ambil ketiga-tiganya sekali gus?

Sudah tentu! Kesemua produk sangat sesuai untuk senario yang berbeza, jadi anda boleh mengoptimumkan pengambilan protein dengan menggabungkan ketiga-tiganya.

Mulakan hari anda yang baik dengan minuman protein soya Nutrilite, ambil Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey Dipertingkat untuk makan tengah hari atau makan malam dan redakan rasa penat selepas bersenam dengan Minuman Kocak Protein Wei XS.

Hanya pastikan anda tidak melebihi keperluan protein harian (iaitu 45g – 55g untuk kebanyakan orang dewasa sedentari) kerana seperti kebanyakan perkara dalam hidup, kuncinya ialah keseimbangan!

Tidak pasti berapa banyak protein yang anda perlukan dalam sehari? Semak Kalkulator Protein di https://www.nutrilite.com.my/ms/article/protein-calculator


Jadi, tunggu apa lagi? Rasa lebih sihat dan lebih kuat dengan Nutrilite!