Floating Icon
03 JUN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 1 MINIT BACA 1408 LIHAT 24 BERKONGSI

5 Tip Mudah Dan Praktikal Untuk Kembali Kurus Selepas Bersalin

Jangan terpedaya dengan mitos ibu baru bersalin tidak boleh mengurangkan berat badan atau kembali ke bentuk asal. Dengan amalan dan petua yang betul, para ibu bukan sekadar mampu mengurangkan berat, malah mampu tampil lebih sihat dan cerdas.

Ibu yang baru melahirkan cahaya mata perlu menggunakan pendekatan khusus untuk mengurangkan berat. Ini kerana, kesihatan mereka sebagai seorang wanita yang melalui fasa perubahan fizikal dan mental melibatkan bentuk tubuh, hormon dan emosi harus dititikberatkan. Oleh itu, mereka mungkin tidak dapat serta-merta menurunkan berat badan, sebaliknya dilakukan secara berperingkat selepas tempoh berpantang dan sihat sepenuhnya.

Mari kita lihat 5 tip mudah dan praktikal untuk kembali kurus selepas bersalin.

1. Berpantang dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Jika para ibu masih berpegang kepada cara berpantang tradisional, anda boleh menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs. Didatangkan dalam pakej serba lengkap, ia mengandungi pelbagai produk yang penting untuk pemulihan dalaman dan luaran ibu selain membantu mengembalikan bentuk badan asal mereka.

Sebanyak 11 jenis produk untuk ibu bersalin sepanjang tempoh 44 hari berpantang termasuk teh herba, pil herba, ubat urut, sapuan ibu dan anak, skrub dan pembersih serta banyak lagi. Kain bengkung turut disediakan untuk mengetatkan perut dan punggung dengan kaedah ikatan silang yang berkesan agar para ibu kembali ke bentuk asal dengan mudah dan cepat. Kesemua produk dalam set ini sahaja mencukupi bagi para ibu baru bersalin mengharungi pantang selepas melahirkan anak secara konsisten dan teratur tanpa risau.

2. Menyusu bayi anda

Kaedah pengurusan berat badan yang paling eksklusif bagi para ibu yang baru melahirkan anak ialah dengan menyusu bayi. Pelbagai kajian merumuskan, menyusu bukan sahaja baik untuk bayi malah dengan mengamalkannya selama enam bulan pertama selepas bersalin, dapat membakar tambahan 300 hingga 500 kalori sehari.

Sumber: Jarlenski, M. P., Bennett, W. L., Bleich, S. N., Barry, C. L., & Stuart, E. A. (2014). Effects of breastfeeding on postpartum weight loss among U.S. women. Preventive medicine, 69, 146–150. https://doi.org/10.1016/j.ypme...

3. Makan makanan sihat & seimbang

Berbeza dengan diet biasa, ibu baru bersalin digalakkan menikmati makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat. Misalnya, memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin bagi memastikan nutrisi yang mencukupi. Bagi penjagaan berat badan, anda boleh mengurangkan pengambilan gula atau makanan manis, sebaliknya ambil makanan seperti ikan salmon, tuna, susu, dadih dan makanan yang kaya kalsium, protein serta serat. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dengan jurang masa agar pembakaran lemak dapat dilakukan secara lebih berkesan.

Sumber: Fowles, E. R., & Walker, L. O. (2006). Correlates of Dietary Quality and Weight Retention in Postpartum Women. Journal of Community Health Nursing, 23(3), 183–197. http://www.jstor.org/stable/20...

4. Bekalkan tubuh dengan suplemen sihat dari Nutrilite

Kesihatan yang sempurna adalah tunjang kepada usaha membentuk tubuh badan yang baik. Oleh itu, adalah penting untuk para ibu yang baru bersalin mengambil suplemen-suplemen yang mampu mengembalikan kesihatan yang terkesan sewaktu proses melahirkan anak. Misalnya, mengambil vitamin B untuk mengekalkan tenaga, vitamin C untuk menjaga sistem pertahanan tubuh badan, kalsium untuk kesihatan tulang, protein dan Omega-3 untuk kesejahteraan keseluruhan. Berbekalkan suplemen ini, anda bersedia untuk berdepan dengan usaha mengekalkan berat badan ideal secara efektif tanpa merisikokan kesihatan tubuh.

5. Bersenam, jom amalkan yoga!

Antara senaman yang disyorkan bagi ibu selepas bersalin atau ketika berpantang ialah yoga. Ini kerana amalan yoga yang diserasikan dengan kaedah pernafasan bukan sahaja memberi ketenangan minda tetapi menggalakan pergerakan fizikal. Ciri yoga yang tidak memenatkan membolehkan para ibu mudah bersenam dan mampu dilakukan secara kerap dan ia membakar lemak tubuh secara efektif. Postur tertentu memberi kelegaan kepada otot abdomen dan pinggul serta membentuk semula badan untuk kembali asal secara lebih selamat dan sihat.

Sumber: Dr. Sabiha Anjum (Obstetrician and Gynaecologist) (March 2018), After Delivery – Getting Back into Shape After Childbirth, Parenting.Firtcry.com

Jangan putus asa dalam usaha mengurangkan berat dan kembali ke saiz asal dengan bantuan tip dan suplemen Nutrilite seperti yang dikongsi di atas. Semoga perjalanan pengurusan berat anda berjalan lancar dan jayanya!

Nota: Nasihat doktor atau pakar disarankan bagi pengambilan suplemen bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Pastikan botol mengandungi suplemen ditutup dengan ketat, disimpan di tempat yang kering di bawah 30°C dan lindungi daripada cahaya dan lembapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada label produk.


Nutrilite di tangga teratas! Inilah sebabnya

https://www.euromonitor.com/amway-claims