Udara yang bersih merupakan antara elemen yang paling penting dalam kehidupan kita. Tak ada sesiapa pun yang nak sedut udara kotor kan? Tak kiralah di luar atau di dalam rumah. Namun, yang pasti keadaan jauh berbeza antara luar dan dalam rumah. Dengan ruang yang tertutup dan pengudaraan yang terhad di dalam rumah, anda pasti menitikberatkan kebersihan udara demi kesihatan keluarga anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil.
Bayangkan, udara yang berlegar-legar di dalam rumah anda mempunyai habuk, pencemaran, virus, alergen, jamur atau kulat. Pastinya lambat laun akan menyebabkan pernafasan anda atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda akan terganggu. Lagi bertambah teruk sekiranya anda ada haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing di dalam rumah. Bulu-bulu halus serta hama dari haiwan turut menjadikan kualiti udara dalam rumah merosot.
1. Hidung kerap tersumbat
Sering mengalami masalah hidung tersumbat sehingga terpaksa menggunakan penyembur atau ‘spray’ khas untuk hidung? Jangan biarkan ianya berlarutan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan.
2. Mudah mengalami batuk
Terlalu kerap mengalami batuk-batuk? Ini juga merupakan tanda-tanda udara di sekeliling anda kurang berkualiti. Apabila anda mengalami batuk, ia pasti menjejaskan kerja-kerja anda kerana sering terganggu.
3. Kerap rasa semput
Kurang selesa ketika bernafas dan rasa semput? Udara rumah anda mungkin kurang bersih kerana mengandungi pencemaran serta habuk-habuk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
4. Gatal-gatal mata, hidung dan telinga
Mata gatal-gatal dan merah, hidung mudah berair dan telinga pun asyik gatal? Selalunya kita akan buka pintu dan tingkap rumah bagi memastikan pengudaraan lebih baik. Tapi, adakah ia bertahan? Nanti lewat petang kita dah kena tutup pintu dan tingkap. Dan pada waktu malamlah masa kita duduk di rumah lebih lama. Dan pada masa inilah sepatutnya kita menikmati udara yang lebih bersih dan segar.
5. Bersin yang kerap tak kira masa
Sekali atau 2 kali bersin adalah normal. Tapi kalau dalam masa 1 jam je kita dah berbelas kali bersin, ianya petanda udara rumah kita kurang baik. Lebih-lebih lagi kalau anda ada memelihara haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing. Bulu-bulu mereka pasti berterbangan dan ia boleh menyebabkan alergi sekiranya anda mempunyai alahan.
6. Kulit terasa gatal dan sering tergaru-garu
Bukan kena gigit nyamuk, tapi selalu rasa gatal-gatal pada kulit dan asyik tergaru-garu je.
Untuk pastikan anda dan keluarga terhindar dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh udara tercemar, anda perlu bertindak pantas supaya ia tidak memudaratkan kesihatan mereka.
Kebersihan udara dapat memberikan banyak manfaat kesihatan kepada kita semua.
Antaranya ialah:
Disebabkan perkara-perkara di atas, adakah anda mencari penulen udara yang berkualiti tinggi, bermutu serta boleh membantu menjadikan hidup anda sekeluarga lebih baik dan lebih sihat?
Dengan fungsi sistem rawatan udara tiga peringkat yang berkesan menghapuskan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron melalui penulen udara Atmosphere SKY Amway dan Atmosphere MINI Amway. Ia menjadikan udara dalam rumah anda lebih bersih dan segar berbanding sebelum ini. Atmosphere SKY Amway sangat sesuai bagi ruang yang lebih besar seperti ruang tamu. Ia pastinya menjadikan hidup anda dan keluarga anda lebih ceria dan gembira.
Tak perlu fikir lama-lama sekiranya ia melibatkan kesihatan kita dan keluarga. Membanteras serta mencegah adalah lebih baik.
Dapatkan Atmosphere SKY atau Atmosphere MINI Amway sekarang secara dalam talian atau dengan menghubungi ABO yang berkhidmat di seluruh negara.
Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY ialah jenama sistem rawatan udara di rumah No. 1 dunia dari segi jualan di dunia.*
*Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2019.