Floating Icon
01 JUL 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 462 LIHAT 15 BERKONGSI

Bagaimana Melibatkan Anak-Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Melakukan kerja rumah penting untuk perkembangan anak-anak anda dan boleh membantu mereka mempelajari kemahiran penting. Antara lain, kerja rumah membantu mengajar kemahiran hidup, tanggungjawab dan berdikari – semuanya penting apabila mereka berpindah keluar dari rumah keluarga. Belajar memasak, membuat belanjawan dan mencuci pakaian adalah kemahiran yang sangat praktikal dan akan digunakan oleh anak-anak anda sama ada lelaki dan perempuan sepanjang hayat mereka!

Kerja rumah juga boleh menjadi peluang untuk anda mengeratkan hubungan dengan anak-anak kerana anda dapat menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Berikut adalah beberapa petua dan helah yang boleh digunakan untuk meyakinkan anak-anak anda bahawa tugas rumah boleh jadi menyeronokkan!

Encourage_kids_to_clean_with_you._Kids_usually_like_to_do_what_mommy_or_daddy_is_doing.jpg


Jadikannya kerja berpasukan

Galakkan anak-anak membersihkan rumah dengan anda. Kanak-kanak biasanya suka melakukan apa yang ibu atau ayah lakukan. Pastikan anda menjadikan kerja rumah sebagai pengalaman keluarga! Jika anda mempunyai anak kecil, mulakan dengan tugas-tugas mudah seperti memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh.

Pilih produk pembersihan yang mesra alam dan mesra kanak-kanak yang kurang keras dan bebas bahan kimia. Detergen Cecair Cucian Pekat SA8 Amway mempunyai rumusan terbiodegradasi yang menjadikannya lebih selamat untuk pakaian anda dan alam sekitar. Ia juga rumusan larut sepenuhnya untuk cucian yang lebih berkesan dan tidak meninggalkan sisa seperti pencuci konvensional.

Opt_for_eco-friendly_and_kid-friendly_cleaning_products_that_are_less_harsh_and_chemical-free.jpg


Jangan jadikan kerja rumah sebagai hukuman

Ini tidak perlu diperkatakan lagi tetapi menggunakan kerja rumah sebagai hukuman bagi anak-anak anda mungkin tidak akan menjadikan mereka suka mencuci pinggan mangkuk atau membersihkan rumah. Jadikan tabiat dalam kalangan anak-anak untuk membersihkan kotoran yang mereka buat, walaupun masih kecil.

Mulakan dengan menyuruh mereka membawa pinggan ke sinki ketika mereka masih kecil. Apabila mereka besar sedikit, ajar mereka perlahan-lahan untuk mencuci beberapa pinggan mangkuk atau mungkin cawan mereka sahaja. Yang penting di sini ialah menjadikan kerja rumah sebagai kebiasaan, bukannya menyuruh mereka mencuci selonggok pinggan mangkuk.

Jika anda bimbang sabun pencuci pinggan akan menyebabkan tangan si kecil kering, cubalah DISH DROPS Concentrated Dishwashing Liquid. Rumusan Bioquest dengan tambahan ekstrak aloe vera dirumus agar handal terhadap gris tetapi lembut pada tangan.


Kerja rumah lebih baik apabila ada keseronokan!

Buat lagu yang menyeronokkan! Lakukan tarian lucu! Galakkan anak-anak anda untuk menyukai kerja rumah dengan mencipta pengalaman positif ketika melakukannya. Contohnya, lakonkan semula iklan produk pembersihan. Jika anda mencari inspirasi, kunjungi saluran YouTube Amway Malaysia dan cari pelbagai video bermaklumat tentang penjagaan barangan di rumah, mekap dan produk kesihatan yang boleh anda gunakan.


Insentif, Insentif, Insentif!

Semua orang suka mendapat ganjaran. Tekankan tingkah laku positif dengan mewujudkan carta ganjaran kerja rumah atau terus berikan mereka ganjaran segera. Jika mereka mengemas mainan atau barang-barang mereka, mungkin mereka mendapat 15 minit masa tambahan untuk menggunakan peranti. Jika mereka membantu mengemas dan mencuci pinggan mangkuk, mungkin mereka mendapat sedikit masa tambahan untuk bermain sebelum tidur.

Sebagai alternatif, berikan ganjaran snek yang lazat kerana mereka pastinya sukakannya. Semak rangkaian produk makanan Amway untuk sajian enak seperti tart nanas, biskut coklat, snek savuri dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh menikmatinya sedikit – lagipun bukankah anda juga layak mendapat ganjaran?

How-To-Get-Kids-Involved-In-Chores-04.jpg


Raikan perbezaan!

Setiap kanak-kanak adalah unik dan teknik yang berbeza berkesan untuk kanak-kanak yang berbeza. Uji beberapa kaedah ini dan lihat kaedah mana yang paling sesuai untuk anak kecil dan anak yang tidak begitu kecil!

Tidak kira kaedah mana yang sesuai, rangkaian produk penjagaan barangan di rumah Amway Home bersedia untuk memudahkan tugas anda. Dengan rumusan berkuasa yang lembut pada kulit dan alam sekitar, anda pasti rambang mata.


Semak rangkaian produk penjagaan barangan di rumah Amway Home di sini!