Floating Icon
21 JUN 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 270 LIHAT 8 BERKONGSI

Berapa Kerap Anda Harus Menukar Penuras Udara Anda?



Kita telah membincangkan kepentingan mempunyai penulen udara, sekarang mari kita bincangkan kepentingan menyenggara penulen udara tersebut.

Seperti yang anda tahu, tidak semua penulen udara dibina sama. Namun begitu, kebanyakan penuras udara diperbuat daripada bahagian yang sama — iaitu penuras udara itu sendiri. Penuras udara ini melakukan kebanyakan kerja berat (dan kotor) menuras zarah-zarah berbahaya di udara untuk memastikan udara yang anda sedut bersih, selamat dan sihat.

Tetapi berapa lama satu penuras udara boleh bertahan sebelum ia perlu ditukar?

Secara purata, kekerapan yang disyorkan untuk menukar penuras udara konvensional ialah setiap 90 hari atau 3 bulan. Namun begitu, berikut ialah beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi kekerapan menukar penuras udara anda:



Jenis penuras udara

Penuras HEPA contohnya, diperbuat daripada helaian kaca gentian yang ditenun. Berbanding dengan penuras udara berlisu, penuras udara kaca gentian biasanya perlu ditukar lebih kerap untuk kecekapan optimum, tetapi kita akan berbincang lebih lanjut mengenainya kemudian.

Kualiti udara

Yang pasti, kualiti udara di kawasan anda menggunakan penulen udara memainkan peranan yang besar dalam kekerapan penuras anda perlu ditukar. Contohnya, jika anda tinggal di tengah-tengah bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur, wajarlah penuras udara anda perlu ditukar lebih kerap berbanding dengan seseorang yang tinggal di Alps (atau Bukit Fraser!).



Haiwan peliharaan

Sama ada hanya seekor haiwan berbulu atau 101, haiwan peliharaan pasti meninggalkan kesan (dan bulu!) di tempat-tempat yang anda tidak mahu. Bulu dan epidermis haiwan peliharaan boleh terkumpul jauh lebih cepat daripada yang anda jangkakan, dan ia boleh menyumbat penuras penulen udara anda sebelum anda menyedarinya.

Penghunian (atau bilangan orang yang tinggal di rumah anda)

Anda mungkin pernah mendengar bahawa sebahagian besar habuk terdiri daripada sel kulit mati. Malangnya, pernyataan ini ada benarnya. Jika habuk terdiri daripada sel kulit mati, maka wajarlah ada lebih banyak habuk dengan adanya lebih ramai orang tinggal di tempat yang sama.

Ini tidak bermakna anda perlu melakukan pengelupasan sepanjang masa di bilik mandi, tetapi ini bermakna anda harus memeriksa penuras udara anda dan menukarnya dengan kerap… dan mungkin memvakum tilam anda dengan teliti!

Ini hanyalah beberapa faktor yang boleh menjejaskan jangka hayat penuras penulen udara anda. Oleh itu, pastikan anda memeriksa penuras anda setiap bulan atau dalam tempoh masa itu!



Tetapi bagaimana pula dengan penuras Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini?

Kami sangat gembira anda bertanya soalan ini. Penuras karbon dan HEPA yang digunakan dalam Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini sangat canggih, ia tidak perlu ditukar sekerap penuras udara lain.

 

Jangka hayat, bergantung pada penggunaan 

Bila hendak mengganti

Atmosphere SKY 

 

 

Penuras Karbon 

4 hingga 12 bulan

Sekurang-kurangnya setahun sekali

Penuras HEPA

3 bulan hingga 5 tahun

Setiap 3 hingga 5 tahun

Atmosphere Mini 

 

 

Penuras 3 dalam 1 

6 hingga 10 bulan

Sekurang-kurangnya setahun sekali



Dan jangan lupa untuk membersihkan Prapenuras anda setiap 2 hingga 12 bulan – ini untuk udara yang lebih bersih dan sihat!

Ketahui lebih lanjut tentang penulen udara Atmosphere kami

di sini