Floating Icon
17 SEP 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 3388 LIHAT 86 BERKONGSI

7 Cara Mudah Kempiskan Perut Dan Kecilkan Paha

Ramai individu akan mengalami masalah perut buncit dan paha yang besar apabila usia semakin meningkat. Ini disebabkan oleh perubahan cara hidup yang mungkin dahulunya aktif, sekarang sudah mula kurang aktif atas faktor tertentu. Penurunan kadar metabolisme juga antara salah satu sebab terjadinya masalah ini.

Namun, jangan risau kerana masalah ini masih boleh diatasi dan kita mampu untuk mendapatkan semula perut kempis dan paha kecil yang menjadi idaman setiap individu.

Kami kongsikan beberapa senaman dan juga tip serta panduan yang boleh membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.


1 Perform sit-ups.jpg

1. Senaman ‘Sit-Up’ secara berkala

Untuk mengempiskan perut dengan cepat, senaman ‘sit-up’ ini sangat berkesan kerana ia akan memberi fokus pada bahagian perut. Lakukan secara berkala selama 10 ke 15 minit, setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


2 Walk or jog.jpg

2. Berjalan kaki atau joging

Berjalan kaki dan joging dapat membantu untuk membina dan menguatkan otot betis dan paha, sekaligus ia membantu mengecilkan bahagian tersebut. Tetapkan sasaran jumlah langkah atau kilometer yang ingin dicapai, untuk memberi galakan kepada diri sendiri. Anda juga boleh sertai pertandingan larian maya atau lebih dikenali sebagai ‘virtual run’ yang banyak dianjurkan di media sosial.


3 Choose to ride a bicycle.jpg

3. Berbasikal setiap petang sambil bersantai

Tidak perlu membeli basikal dengan harga sehingga belasan atau puluhan ribu ringgit. Anda hanya perlukan sebuah basikal yang harganya mampu milik yang mana ia juga dapat memberikan hasil yang sama. Berbasikal santai bersama keluarga juga amat disarankan sambil mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Jika ingin lebih serius, anda boleh tetapkan jarak yang ingin dicapai setiap kali berbasikal.


4 Join a Zumba class.jpg

4. Sukakan senaman yang lebih rancak dan ‘happening’?


Zumba dan senamrobik merupakan pilihan bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang ceria. Ia boleh dilakukan secara berseorangan di rumah dengan berpandukan video dari televisyen atau YouTube. Anda juga boleh sertai kumpulan zumba atau senamrobik di gimnasium berhampiran anda. Dengan pergerakan kaki yang mempunyai variasi, ia dapat membantu mengecilkan bahagian paha, pinggul dan kaki dengan lebih cepat. Pembakaran kalori yang banyak juga dapat membantu mengempiskan perut serta bahagian tubuh yang lain.


5 Use a jumping rope or hula hoop.jpg

5. Lompat tali atau gelung hula

Segan untuk sertai aktiviti di luar atau di khalayak ramai? Lompat tali atau gelung hula lebih sesuai bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti di rumah. Anda boleh membeli alatan ini melalui kedai atas talian yang boleh didapati di hujung jari. Senaman ini boleh dilakukan secara ‘indoor’ pada pada bila-bila masa.


6 No fatty food intake.jpg

6. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

Antara tip yang sering disarankan ialah dengan mengurangkan atau mengelakkan makanan yang bergoreng dan berlemak. Ini kerana lemak dari makanan akan mudah terkumpul sekiranya anda kurang mengamalkan aktiviti atau kehidupan yang aktif. Ini adalah salah satu penyebab peningkatan berat badan dan juga gejala perut buncit.


7 Practise the Suku Suku Separuh Diet.jpg

7. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat

Panduan piramid makanan sangatlah penting bagi memastikan tubuh badan anda mendapat khasiat, zat serta vitamin yang mencukupi. Bukan sekadar untuk memastikan kesihatan terjamin, ia juga sebenarnya dapat membantu sistem penghadaman anda menjadi lebih baik dan juga meningkatkan kadar metabolisme. Ia sekaligus membantu mengurangkan berat badan, mengempiskan perut, mengecilkan paha serta lengan.


Tip Bonus!

BodyKey Meal Replacement Shakes.png

Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite merupakan suplemen yang mempunyai gizi seimbang, membekalkan tenaga serta mengurangkan rasa lapar. Campuran bahan semula jadi ini tidak mempunyai gula tambahan atau pewarna tiruan. Kandungan mineral, serat, nutrisi lengkap dan 25 vitamin yang terkandung di dalamnya memberikan khasiat serta nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda pada setiap hari dan yang lebih menariknya, ia rendah kalori. 3 perisa yang boleh didapati ialah Coklat, Vanila dan Kopi.

Namun, ketiga-tiga perisa ini hanya dijual selagi stok masih ada dan 3 pilihan perisa yang baharu akan diperkenalkan pada bulan Oktober nanti.

Pasti ianya lebih baik dan lebih sedap serta menepati selera anda. Kandungan serta rasanya yang diperbaharui dan dipertingkatkan untuk memberikan lebih manfaat kepada peminat Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite yang mementingkan bentuk badan idaman dan ideal.