Floating Icon
10 JUL 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 504 LIHAT 68 BERKONGSI

Mendedahkan Kebenaran tentang Kolesterol Baik dan Jahat

Kolesterol, bahan seperti lemak yang terdapat di dalam semua sel badan, sering dirujuk sebagai ‘baik’ dan ‘jahat’, tetapi apakah perbezaan antara kedua-duanya? Pengetahuan tentang kolesterol dan kesannya terhadap kesihatan ialah kunci untuk memahami bagaimana hendak mengawal paras kolesterol anda dan mencegah sebarang risiko masalah kesihatan.

Dalam artikel ini, kami akan meneroka semua yang anda perlu tahu tentang kolesterol, dari apa itu kolesterol, hingga manfaat jenis kolesterol yang berbeza dan bagaimana mengekalkan paras kolesterol yang sihat.

Adakah semua kolesterol jahat?

Walau apa pun yang anda pernah dengar, tidak semua kolesterol jahat. Walaupun benar paras bacaan kolesterol tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan. Tetapi, penting untuk memahami bahawa terdapat dua jenis kolesterol; Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) dan Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL).

Kolesterol HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baik’ kerana ia membantu menyingkirkan ‘kolesterol jahat’ dari saluran darah dan memindahkannya ke hati untuk disingkirkan daripada badan.

LDL atau ‘kolesterol jahat’ ialah kolesterol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk jantung terhenti (serangan jantung)!

Apakah perbezaan antara HDL dan LDL?

Perbezaan utama antara kolesterol HDL dan LDL adalah bagaimana ia diangkut.

Kolesterol HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baik’ kerana ia membawa kolesterol dari hati ke sel-sel untuk disingkirkan daripada badan anda.

Sebaliknya, kolesterol LDL membawa kolesterol ke arteri anda, di mana lebih mudah untuknya berkumpul di dinding arteri anda yang mengakibatkan penyumbatan.

Tanda Kolesterol Tinggi

Berikut merupakan antara tanda-tanda yang anda mungkin dapat dilihat pada mereka yang mengalami paras kolesterol yang membimbangkan:

  • Mudah mengantuk
  • Sakit dada
  • Kurang selera makan
  • Otot mudah kejang
  • Sering berasa tertekan
  • Peningkatan berat badan
  • Sakit tengkuk
  • Sakit kaki

Apakah bacaan kolesterol normal?

Adalah penting untuk mengawasi paras kolesterol anda dan pemeriksaan berkala (sekurang-kurangnya sekali setahun), membolehkan anda memantau paras kolesterol dan sebarang isu berkaitan kesihatan yang lain. Untuk bacaan kolesterol normal atau sihat, sasarkan untuk mengekalkan paras jumlah kolesterol (TC) anda lebih rendah daripada 5.2 mmol/L, untuk memastikan kesihatan anda berada di landasan yang betul.

Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi

Secara amnya, cara terbaik untuk menurunkan paras kolesterol adalah melalui permakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Contoh pemakanan yang seimbang, hidangan makanan yang mengandungi bahagian karbohidrat, protein dan lemak sihat yang mencukupi. Selain itu, permakanan yang seimbang adalah melalui pelbagaikan jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran penuh, kacang dan jenis-jenis ikan atau daging.

Selain itu, amalkan gaya hidup yang sihat merangkumi aktiviti fizikal harian seperti berjalan, berlari atau berenang, boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap hari, 5 hari seminggu. Tetapi, gaya hidup yang sihat juga merangkumi tabiat hidup. Tabiat gaya hidup sihat ialah asas kesihatan yang baik manakala tabiat tidak sihat seperti merokok boleh merosakkan asas anda. Hakikatnya, perokok cenderung mengalami peningkatan paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol jahat) dan penurunan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL, atau kolesterol baik). Jika anda masih merokok sekali-sekala, sekarang ialah masa yang baik untuk berhenti merokok dan mula mengutamakan tabiat yang sihat.

Konklusi

Mulakan gaya hidup sihat dengan mengambil langkah-langkah kecil tetapi bermakna hari ini, seperti membuat pilihan makanan yang berkhasiat dan sihat, kerap bersenam, mengelakkan tabiat buruk boleh menjaga tahap kolesterol anda atau menurunkan tahap kolesterol tinggi.



Rujukan dan bacaan lanjut:

1. MedlinePlus. (2020). Cholesterol. Retrieved from https://medlineplus.gov/cholesterol.html

2. Centers for Disease Control and Prevention. (2021). Check Your Cholesterol. Retrieved from https://www.cdc.gov/cholesterol/check_your_cholesterol.htm

3. Luscombe-Marsh, N. (2020). What Is The Difference Between ‘Good’ and ‘Bad’ Cholesterol? Retrieved from https://www.menshealth.com.au/what-is-the-difference-between-good-and-bad-cholesterol

4. 5th Edition of Clinical Practice Guidelines – Management of Dyslipidemia 2017 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/CARDIOVASCULAR/4.pdf