Floating Icon
04 MAR 2022 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 513 LIHAT 1 BERKONGSI

Hari Raya 2022: Hidangan Perayaan

Ramadan 2022 Celebration.jpg

Ketika umat Islam di seluruh dunia bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, ramai yang sudah mula memenuhkan pantri mereka dengan aneka jenis makanan untuk sahur, buka puasa dan sudah tentu untuk sambutan Hari Raya. Hanya memikirkan rasa tradisional yang kita gemari sudah cukup membangkitkan perasaan teruja anda untuk menyambut perayaan yang bakal tiba.

Sudahkah anda merancang menu anda untuk hari yang akan datang? Bagaimana pula dengan snek dan minuman? Berikut adalah pilihan hidangan kami yang lazat untuk ditambah kepada senarai perayaan anda:


Pek Kembar Kurma dan Badam & Aprikot Vergold

Tambahan baru kepada keluarga Vergold ini pasti akan menjadi kesukaan ramai! Bayangkan kelembutan, kemanisan semula jadi kurma Khidry yang diisi kacang badam AS yang rangup serta buah aprikot Turki yang berjus – campuran rasa dan tekstur yang menarik untuk membangkitkan selera anda. Siapa yang tidak akan jatuh cinta pada pembungkusannya yang sungguh cantik? Cenderahati yang sempurna untuk insan yang terdekat dan tersayang musim ini.

Eid 2022 Festive Treats_4.jpg


Buah Kurma Arabia Eksotik Premium Vergold

Memandangkan kurma adalah buah yang sangat sihat lagi kaya dengan serat, nutrien dan antioksidan, anda pasti inginkan lebih daripada satu jenis sebagai hidangan. Buah Kurma Arabia Eksotik Premium Vergold adalah pilihan klasik yang pasti akan menggembirakan dan memberikan khasiat kepada insan yang anda sayangi.


Set Juadah Biskut Kegemaran Semua Vergold

Adakah anda sukakan kacang atau coklat di dalam biskut anda? Sudah pasti kita tidak dapat membuat pilihan! Diperbuat daripada bahan-bahan terbaik seperti coklat gelap premium, kacang pecan bermentega dan walnut rangup. Set pemberian yang elegan ini dengan dua jenis biskut yang enak akan menjadi tambahan yang hebat kepada hamper mahupun hidangan di meja anda sendiri.


Snek Rumpai Laut Rangup Vergold

Rangup dan ringan namun penuh berperisa. Inilah snek yang selalunya habis dengan cepat sekali tanpa anda sedari! Tahukah anda bahawa rumpai laut kaya dengan mineral? Rumpai laut merupakan sumber iodin, kalsium dan zat besi yang hebat dengan 10 – 20 kali lebih vitamin, mineral dan asid amino berbanding tumbuhan di darat.


Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold – Teriyaki / Tom Yum

Keropok beras sememangnya sedap, seronok untuk dimakan dan berkhasiat, menjadikannya pilihan popular untuk parti dan hiasan menarik untuk hidangan anda. Diperbuat daripada bahan bukan GMO dan bebas gluten untuk menampung kebanyakan diet, ini mengandungi beras, bijan hitam dan putih, kacang soya hitam, kacang adzuki dan kuinoa untuk snek yang sihat.


Campuran Kacang Panggang Vergold

Padat dengan campuran kacang premium berkualiti tinggi termasuk badam, gajus, makadamia dan walnut. Dipanggang secara kering dan kurang garam, memberikan letusan rasa yang membuatkan anda hendak lagi – walaupun selepas musim perayaan tamat.

Eid 2022 Festive Treats_5.jpg


Snek Treat Bars Vergold

Angkat tangan jika anda inginkan hidangan yang sihat lagi lazat! Diperbuat daripada biji bunga matahari, bar ini kaya dengan vitamin B dan akan membantu anda mengekalkan tenaga dan mengurangkan keinginan anda untuk makan sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang berpuasa dan sentiasa bergerak.


Bes Minuman Buah Vergold – Oren / Mangga / Jambu Merah / Delima dengan Anggur

Tiada apa yang lebih baik daripada minuman buah berais pada hari yang panas? Diperbuat daripada bahan seperti oren California, mangga yang masak ranum, jambu merah eksotik, buah delima segar dan anggur manis. Pekatan ini juga diperkaya dengan vitamin A, B6, C and E.


Beli rangkaian perayaan ini di Amway.my