Floating Icon
14 JAN 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 697 LIHAT 168 BERKONGSI

Capai Kualiti Hidup yang Lebih Baik dengan Atmosphere SKY™

Udara bersih ialah unsur paling penting dalam alam sekitar yang diami. Mengekalkan kualitinya akan memastikan kita benar-benar menikmati setiap detik kehidupan. Pastikan kesegaran setiap kali anda menghela nafas dengan semua Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY baru yang menggabungkan ketersambungan berkuasa untuk operasi yang mudah dan menyenagkan dengan teknologi penurasan termaju untuk menyediakan pengalaman penurasan udara yang terbaik. Kualiti udara ialah kualiti hidup.

    BAHAN CEMAR YANG MUNGKIN TERDAPAT DI SEKITAR RUMAH

    Pencemaran udara boleh datang dari banyak sumber tetapi kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia yang mempengaruhi kualiti udara luaran dan dalaman. Banyak perkara dalam persekitaran terdekat anda boleh menghasilkan bahan cemar.

    1. Habuk dan Kulapuk
    2. Asap Tembakau
    3. Bulu Haiwan
    4. Bakteria dan Virus
    5. Bau yang Tidak Menyenangkan
    6. Graphic representation of potential pollutants found within a home



    PRESTASI CEMERLANG YANG ANDA BOLEH HARAPKAN

    Atmosphere SKY menawarkan prestasi yang menjadi peneraju industri dengan:

    1. Menuras 99.99% bahan cemar bawaan udara iaitu lebih baik daripada penurasan HEPA standard
    2. Memerangkap zarah sekecil 0.0024 mikron iaitu 30,000 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia
    3. Menggunakan penurasan 3 peringkat untuk mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar yang berpotensi dengan berkesan di rumah iaitu penambahbaikan 300% berbanding penulen udara Atmosphere yang sebelumnya.
    4. Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 300 cfm dan mod Turbo 20% lebih cepat berbanding dengan penulen udara Atmosphere yang sebelumnya.
    5. Keupayaan untuk membersihkan bilik shingga 465 kaki persegi/43.2 meter persegi yang menawarkan liputan 20% lebih banyak daripada penulen udara Atmosphere yang sebelumnya.

    PROSES PENURASAN UDARA 3 PERINGKAT:

    Atmosphere SKY menetapkan standard baru untuk kualiti udara kediaman dengan Inteliflow™, sistem peredaran udara dalaman unik yang menggabungkan sensor partikel kami yang telah terbukti dengan sistem penurasan 3 peringkat dan perumah motor unik untuk menghasilkan udara yang lebih bersih.

    1. PRAPENURAS - Memerangkap serat dan rambut bawaan udara yang besar.
    2. PENURAS HEPA - Menyingkirkan partikel kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos.
    3. PENURAS KARBON - Mengurangkang formaldehid, dioksin dan ozon serta bau daripada aktiviti merokok, memasak dan haiwan peliharaan.

    PENGESAHAN PIHAK KETIGA

    Mohor Kelulusan British Allergy Foundation untuk keupayaannya mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu.

    ENERGY STAR® Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. untuk kecekapan tenaga.

    Pengesahan CADR daripada Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM).

    Pengesahan European Centre for Allergy Research Foundation (ECARF) yang menunjukkan bahawa Sistem Rawatan Udara Atmosphere Sky telah diuji secara saintifik untuk mengurangkan atau menghapuskan alergen.

    AKSES ATMOSPHERE SKY DI MANA-MANA JUA DENGAN ATMOSPHERE CONNECT

    Atmosphere SKY menawarkan Pengalaman Terhubung sebenar dengan meletakkan kemudahan dan kawalan di hujung jari anda menggunakan sambungan tanpa wayar dan platform Internet of Things (IoT). Anda tidak perlu risau lagi tentang kualiti udara di rumah anda walau di mana-mana jua anda berada.

    Aplikasi ATMOSPHERE CONNECT™ membolehkan pemantauan dan operasi unit Atmosphere SKY anda dilakukan dengan mudah di mana-mana jua dengan hanya mengetik peranti mudah alih anda beberapa kali. Muat turun aplikasi percuma ini ke telefon pintar atau peranti mudah alih dan anda tidak akan risau lagi tentang kualiti udara di rumah anda.

    Hanya cipta ID Amway Connect selepas anda memuat turun aplikasi itu supaya anda boleh menggunakannya aplikasi ATMOSPHERE CONNECT™ dengan mudah untuk memantau dan mengendalikan Atmosphere SKY ketika anda berada di rumah atau di luar.

    Tersedia di Google Play & App Store

    Aplikasi ATMOSPHERE CONNECT™:

    1. Bertindak sebagai Alat Kawalan Jauh yang membolehkan anda menghidupkan/mematikan unit, menukar kelajuan dan mod kipas dan mengukur kualiti udara dalaman dalam waktu nyata.
    2. Membolehkan anda menjejaki penggunaan dan jangka hayat penuras* untuk memudahkan penyenggaraan.
    3. Merekodkan Sejarah Kualiti Udara membolehkan anda nemantau dan menyemak sejarah kualiti udara dalaman dalam tempoh 6 jam.
    4. Membolehkan anda memantau dan mengawal berbilang unit di kediaman anda.

    *Ganti penuras apabila hayatnya telah tamat seperti yang ditunjukkan dalam aplikasi ATMOSPHERE CONNECT™ atau apabila penunjuk penuras pada panel paparan LED bertukar merah.