Floating Icon
28 AUG 2022 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 197 LIHAT 4 BERKONGSI

Biskut Keju Daun Kesum


BAHAN-BAHAN

  • 1 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • 1 skup Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Teh Hijau)
  • 70g tepung gandum
  • 50g mentega
  • 50g keju cheddar diparut
  • 1 sk kaskas biru
  • 2 sk daun kesum, dicincang halus
  • Secubit garam
  • Secubit paprika
  • 1½ sb air

KAEDAH

  1. Campurkan semua bahan kering di dalam pemproses makanan dan kisar (pulse) sehingga menjadi seperti serdak roti.
  2. Masukkan air dan kisar (pulse) lagi sehingga menjadi doh.
  3. Keluarkan dan balut doh dengan pembungkus plastik. Canai doh menjadi segi empat sama dan sejukkan.
  4. Kemudian potong doh menjadi segi empat sama dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160ºC selama 20 sehingga 25 minit.
  5. Biarkan sejuk dan simpan. Nikmati ketika sarapan atau semasa minum petang.